| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Ayat manakah betul penggunaan penanda wacana memberi contoh? 1. Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. 2. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Kedua-dua ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2015 |
| Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan perbezaan terjemahan Bahasa Inggeris bagi mas kahwin (mahar) dan belanja hantaran. Mengikut pemahaman saya, kedua-duanya adalah 'dowry'. Sila jelaskan. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "dowry" ialah mahar, hantaran kahwin atau mas kahwin. Istilah "belanja hantaran" tidak ada dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.07.2013 |
| Mereka mencadangkan untuk belanja kawan -kawan Maniam di restoran di hotel mereka. Adakah struktur ayat tersebut betul? | Struktur ayat yang betul ialah: Mereka mencadangkan untuk membelanja makan kawan-kawan Maniam di restoran, hotel mereka. | Tatabahasa | 26.07.2021 |
| Salam sejahtera, Adakah "Overspent" sesuai diterjemahkan kepada "Terlebih belanja" atau "Terlebih berbelanja"? Contoh ayat: Overspent by her kids during summer. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, overspend bermaksud berbelanja berlebih-lebihan. Oleh itu, overspent boleh dimaksudkan sebagai telah berbelanja berlebih-lebihan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2018 |
| Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2022 |
| apakah padanan yang sesuai bagi menerjemah ayat/perkataan ini kepada bahasa inggeris: 1. Maklumat Wali 2. Maklumat Saksi 3. Perakuan Ta'liq 4. Belanja Hantaran 5. maklumat pasangan 6. tertalaq dia dengan cara talaq Khul' (tebus talaq) untuk makluman ayat ini digunapakai dalam sijil perakuan perkahwinan negeri selangor | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2022 |
| apakah terjemahan yang betul untuk "Trick or Treat", yang sering digunakan semasa perayaan Hallowen. T.kasih | Salam sejahtera, Tuan, Terjemahan "trick or treat" ialah muslihat atau belanja. Sekian, terima kasih. | Istilah | 22.10.2018 |
| Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |
| Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "iyang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - 2 Tahun Minyak Percuma!* - Hanya belanja menggunakan Setel atau tekan nombor telefon - Minimum RM50 seminggu - Minimum RM10 seminggu - Isi Kemeriahan - Ini Baru Mesra - Imbas kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk ketahui lebih lanjut | Ayat pengiklanan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan ialah: 2 Tahun Minyak Percuma! Hanya perlu belanja melalui Aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon. Minimum RM10 - RM50 (seminggu) Nikmati Kemeriahan, Ini Baru Mesra. Imbas Kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2025 |
| Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi. | Istilah | 19.03.2015 |