Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
perkataan seerti "basemen" | Ejaan yang betul ialah "basement" yang bermaksud tingkat bawah tanah. | Ejaan | 09.12.2007 |
1. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'daripada' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Kurang 'daripada' tiga peratus 'daripada' air mentah yang wujud di muka bumi boleh didapati di tasik dan sungai manakala lebih 97 peratus adalah 'daripada' air bawah tanah. 2. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'dari' dan 'diperoleh' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Sumber air mentah di negara kita kebanyakannya 'diperoleh' 'dari' sungai, empangan dan air bawah tanah. Semoga saya mendapatkan bantuan segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih atas respon yang diberikan. | Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuat benda, dan perbezaan atau perbandingan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 269 untuk keterangan lanjut. Daripada contoh di atas penggunaan yang betul ialah "daripada" kecuali perkataan "diperoleh dari" sepatutnya "diperoleh daripada" kerana menunjukkan sumber. | Tatabahasa | 08.01.2010 |
Salam... Saya ingin kepastian mana yang betul ejaannya, PEMBENTUNG ATAU PEMBETUNG | Ejaan yang betul ialah pembetung, iaitu saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api. | Ejaan | 10.11.2009 |
EJAAN SEBENAR UNTUK BENTUNG | Ejaan sebenar ialah betung yang bermaksud besar, misalnya sejenis buluh yang besar ataupun pembetung, iaitu saluran atau parit daripada konkrit dan sebagainya, di bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api. | Ejaan | 04.11.2011 |
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentungan | Pembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah. | Makna | 29.10.2009 |
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih | Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut. Laluan ke Presint3, Putrajaya Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260 Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'huruf besar' (capitalization) bagi perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab. Bagi perkataan-perkataan berikut, adakah boleh sekiranya huruf besar digunakan di setiap permulaan kata, sebagaimana yang dituliskan di bawah ini? - Tanah Haram - Miqat - Tawaf - Ihram Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih. | Perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja mengikut sistem bahasa asalnya, kecuali yang telah diterima sebagai kata umum. Oleh itu, penggunaan huruf besar bagi perkataan Arab hanya digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama tempat, nama orang, nama institusi Dan sebagainya. Ia juga boleh ditulis dengan huruf besar apabila berada pada permulaan kata dipangkal ayat, pada permulaan kata cakap ajuk, Dan pada permulaan baris-baris puisi iaitu sama seperti sistem dalam bahasa Melayu. Contoh: Tanah Haram - ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kerana menunjukkan nama tempat. Miqat - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat. Tawaf - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat. Ihram - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat. | Lain-lain | 18.02.2008 |
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011" | Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya); iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada; v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. | Tatabahasa | 17.02.2011 |