Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ungkapan di bawah entri atau bawah entri, di bawah naungan atau bawah naungan dan di bawah peraturan atau bawah peraturan? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah di bawah entri, di bawah naungan dan di bawah peraturan. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
bawah,di bawah ialah, adalah | bawah, di bawah ialah, adalah | Ejaan | 24.06.2011 |
salam sejahtera, saya hendak bertanya kepada pihak tuan bahawa penggunaan frasa di bawah bawah adakah betul? 1) amat sangat cantik 2) sunggut amat cantik 3) terlalu amat cantik sekian, terima kasih. | 1. Amat sangat cantik, sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat. 2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih. | 1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat http://sabah.gov.my/about.asp. 2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal. | Lain-lain | 02.01.2013 |
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih | 1) Tandatangan Pentender / Penender Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender. 2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga Tandatangan Penyebut harga 3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini. 4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan. Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa. | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih. | 1. ground floor- tingkat bawah 2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawah | Penyemakan dan penterjemahan | 25.04.2008 |
Yang mana paling tepat: 1. Di bawah lindungan Allah 2. Bawah lindungan Allah | Di bawah lindungan Allah | Tatabahasa | 01.04.2013 |
apakah maksud peristiwa bahasa? adakah contoh yang saya berikan di bawah betul ayat - adik makan roti benggali bawah rumah (intonasi mengubah semantik ayat) maksud 1 Adik makan roti, benggali bawah rumah maksud 2 Adik makan roti benggali bawah rumah | Peristiwa bahasa merujuk kepada sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa. Contoh ayat tersebut betul tetapi perlu ada kata sendi di untuk melengkapkan kedua-dua makna ayat tersebut. 1. Adik makan roti, benggali di bawah rumah maksud 2. Adik makan roti benggali di bawah rumah. | Tatabahasa | 05.11.2010 |
Saya ingin menulis tajuk bagi satu jadual seperti berikut: Dasar Fiskal Di bawah Kadar Tukaran Tetap Betulkah perkataan "Di bawah" dieja sedemikian? Terima kasih. | Dasar Fiskal di Bawah Kadar Tukaran Tetap - di Bawah dieja dalam dua perkataan dan kata sendinya (di) huruf kecil. | Tatabahasa | 28.01.2011 |
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2? | Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang betul. | Tatabahasa | 03.03.2012 |