Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat. | Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda". | Tatabahasa | 03.01.2013 |
tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak | tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 24.01.2014 |
1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4. | Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.
| Tatabahasa | 12.05.2011 |
adakah banyak boleh menggantikan ramai untuk orang contoh ayat: banyak orang banyak murid banyak ibu bapa | Perkataan ramai membawa maksud terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti banyak ibu bapa merujuk bilangan ibu bapa yang besar jumlahnya. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
Assalamualaikum. Saya sudah boleh muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi Terima kasih banyak-banyak. | Sama-sama. Jadikan prpm.dbp.gov.my teman setia di hujung jari saudara. Sebarkanlah kemanfaatannya kepada rakyat Malaysia yang lain. | Lain-lain | 10.01.2014 |
Selamat sejahtera Saya ingin mengetahui sama ada susunan "mempunyai banyak" ataupun "banyak mempunyai" merupakan susunan yang betul. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua "mempunyai banyak" dan "banyak mempunyai" adalah betul. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
apakah maksud banyak ragam? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 10.02.2011 |
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu. | Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang". | Tatabahasa | 15.12.2016 |
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul? | Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut. | Tatabahasa | 08.02.2011 |
Assalamualaikum.... Saya Telah Membuat Pembetulan Pada Bahagian Nombor Telefon Sebagaimana Yang Telah Dimaklumkan...Mohon Semakan Semula Adakah Papan Tanda Terbaru Ini Boleh Digunakan?Terima Kasih Banyak-Banyak... | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 01.10.2015 |