Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya sedang membuat kajiselidik mengenai bahasa sapaan dalam komunikasi masyarakat kita. tetapi saya kurang maklumat mengenai aturan sapaan yang masayarakat kita gunakan. bolehkah pihak dewan membantu saya menerangkan aturan sapaan tersebut | Sdr. Cassira tini, tentang buku mengenai kata sapaan, terdapat buku yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emiratus Asmah Hj. Omar yang mengkaji dan memberikan contoh-contoh yang jelas mengenainya. Jadi Sdr. bolehlah mendapatkan buku-buku tersebut di kedai-kedai buku.Terima kasih | Lain-lain | 20.04.2008 |
apakah maksud tata krama? | Tatakarma bermaksud aturan, susunan atau sistem semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia. | Makna | 24.05.2010 |
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara. | aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); | Makna | 16.08.2007 |
maksud peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung | Maksudnya, hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Makna | 09.09.2008 |
Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1Malaysia, Tuan, Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah maksud serta perbezaan kata berikut: -Pelan Strategi -Pelan Taktikal -Pelan Operasi -Pelan Tindakan 2. Apakah pula maksud serta perbezaan kata berikut: -Teknik -Cara-cara -Kaedah -Pendekatan 3. Apa pula perbezaan kata: -Rangkai kata -Sari kata -Kota kata 4. Apakah maksud 'keanekaragaman susuk ayat'? Mohon penjelasan dengan segera. Terima kasih. Wassalam Ahmad Nasrun Kudat Sabah 2. | 1. Pelan strategi bermaksud rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan. Pelan taktikal berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan. Pelan operasi berkait dengan perjalanan atau kegiatan yang dilaksanakan. Pelan tindakan ialah langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan. 2. Teknik - 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. Cara-cara - 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara. Kaedah - cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan - 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. 3. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Sari kata ialah terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan. Kota kata (yang tepat ialah mengotakan) bermaksud menepati (melaksanakan) janji dll. 4. Keanekaragaman susuk ayat bermaksud bentuk atau susunan ayat yg beraneka ragam. | Istilah | 02.03.2010 |
maksud perkataan masyarakat | Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. | Makna | 12.07.2009 |
definisi sistem | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sistem bermaksud 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan beberapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; | Makna | 05.07.2010 |
boleh tolong berikan maksud masyarakat?? | Sdr. Nurul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan inilah yang dimaksudkan dengan masyarakat - kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; Terima kasih | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Apakah dia lesen puisi? untuk apakah lesen puisi ini? | Tiada istilah 'lesen puisi'. Mungkin saudara bermaksud 'lecentia poetica', iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Selain daripada tujuan tersebut, lecentia poetica ini dapat membentuk identiti seseorang penyair. | Lain-lain | 05.05.2010 |
adakah SISTEM KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN sama maksudnya...? | Oleh sebab tuan bertanyakan tentang definisi atau maksud "Sistem dan Institusi", maka dilampirkan makna kedua-dua perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan:sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ Manakala maksud Institusi ialah badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; Secara harafiahnya, sistem Kekeluargaan dapat disimpulkan merupakan peraturan/kaedah manakala Institusi merujuk badan atau organisasi. | Lain-lain | 28.07.2007 |