Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih. | Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
pengedar alat-alat ganti mesin | pengedar alat ganti mesin | Tatabahasa | 15.12.2008 |
Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya? | Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Adakah frasa kata "pembekal alat-alat otomasi" boleh diguna pakai untuk papan iklan. TQ | Gunakan frasa "Pembekal Peralatan Automasi". | Istilah | 29.09.2011 |
kami mempunyai perusahan yang melibatkan penjualan dan menyimpan kereta bermotor, menjual alat-alat ganti kenderaan dan dalam masa yang sama kami menjalankan perkhidmatan servis kenderaan juga. Apakah perkataan atau ayat yang kami boleh gunakan dalam papan tanda dan papan iklan kami?. | Perkataan yang dicadangkan ialah PENJUAL KERETA, ALAT GANTI DAN SERVIS KENDERAAN | Lain-lain | 26.02.2013 |
Tolong menterjemahkan perkataan di bawah ke bahasa melayu untuk kegunaan papan iklan: Pembekal alat-alat "Hardware and machinery" Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul ialah: Pembekal Barang Logam dan Peralatan Jentera | Lain-lain | 31.10.2011 |
Ayat manakah yangbetul? 1. Beberapa orang murid lelaki memainkan muzik tradisonal. 2. Beberapa orang murid lelaki memainkan alat-alat muzik tradisonal. | Ayat kedua. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Apakah pengertian Mekanikal dari segi bahasa dan undang-undang. apakah maksud alat ganti proprietary dan alat proprietary | Mekanikal bermaksud sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dll); atau secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4). Alat ganti proprietari bagi istilah perubatan bermaksud alat (alat ganti) yang dibuat atau diagih-agihkan oleh pemiliknya. | Makna | 26.11.2007 |
Salam Tuan, Kata majmuk (plural) bagi mata wang? T. kasih & Salam Sibly | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya, alat-alat tulis dan Menteri-Menteri Besar. Oleh itu, mata wang menjadi mata-mata wang. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi? | Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat. Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasi. | Lain-lain | 27.03.2008 |