Kata |
Takrif |
Sumber |
ujar | 1. apa yg diucapkan, kata, perkataan: ber-sinar matanya ketika mendengar ~ drebar itu; 2. = ujar-ujar, ujar-ujaran Jk segala ajaran dan nasihat yg diwarisi (drpd nenek moyang dll), pepatah, peribahasa: kata-kata yg dipakai dlm karangannya merupakan ujar-ujaran orang-orang pandai Islam, hadis Nabi, dan Quran; mengujarkan mengatakan, mengucapkan, menuturkan, menyebutkan; ujaran sesuatu yg diucapkan atau disebutkan (mis perkataan): bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ~; alat ~ alat atau bahagian dlm rongga mulut dan kerong-kong yg dapat menyebutkan perkataan atau mengeluarkan bunyi; pengujaran perbuatan mengujarkan sesuatu, pengucapan, pengungkapan: bahasa sbg lam-bang cetusan rasa dan alat ~ idea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ujar-ujar | , ujar-ujaran Jk segala ajaran dan nasihat yg diwarisi (drpd nenek moyang dll), pepatah, peribahasa: kata-kata yg dipakai dlm karangannya merupakan ujar-ujaran orang-orang pandai Islam, hadis Nabi, dan Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ujar | apa-apa yg diucapkan atau yg dituturkan; perkataan. berujar berkata; berucap. mengujarkan menuturkan; mengucapkan. ujaran yg diujarkan: Dia tidak dpt mendengar ~ orang itu dgn jelas. pengujaran perbuatan atau hal mengujarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ujar | mengujarkan menuturkan; mengucapkan. | Kamus Pelajar |
ujar | apa-apa yg diucapkan atau yg dituturkan; perkataan. | Kamus Pelajar |
ujar-ujaran | Jk segala ajaran dan nasihat yg diwarisi (drpd nenek moyang dll), pepatah, peribahasa: kata-kata yg dipakai dlm karangannya merupakan ujar-ujaran orang-orang pandai Islam, hadis Nabi, dan Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata | 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan hulubalang; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, mis dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (se-faham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, Ya Tuanku maharesi ...; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; men | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ucap | apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegas | 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang, ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (keterangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar nombor asas dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetap-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata | 1 bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa): Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2 apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap: ~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja, rumah). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara dan antarabangsa. ~ ganda kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti nama diri utk menunjukkan orang mis dia, saya, kamu. ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ hubung kata yg fungsinya adalah utk menghubungkan dua kalimat, perkataan, rangkai kata dsb, mis kerana dan supaya. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ laluan gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). ~ nama am kata nama yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis rumah, meja dan jalan. ~ nama khas kata nama yg merujuk kpd orang, tempat atau benda yg khusus, mis Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar kata alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata hubung. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi nama kata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, dan wah. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ tugas kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. ~ ulang (berulang) kata ganda. berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
thinking aloud | fikir ujar | Umum | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ujar | uba [uba] | Melanau Dalat | |
ujar | ujak. | kedayan | |
laei | kata, ujar; ~ a apa kata orang. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
rogon Kd | hantu. | Dia melanggar pantang larang, Sarina, ujar lelaki tua itu. "Mungkin dia telah disumpit anak rogon. Err.. rogon tu anak hantulah." | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beremak MSr | mengharungi atau berjalan di kawasan yang berlumpur atau berlekit. | Abang dah tua tak larat lagi beremak menggaris lokan, membebankan Ipin dan Juak saja, ujar Nek Fid. | Antologi Cerpen Meminggir Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunduk Kd | sejenis tudung yang diperbuat daripada kain mogah yang dpakai oleh penari perempuan. Ia merupakan salah satu pakaian tradisi kaum Dusun. | Ah, cantik juga gadis-gadis asli, ujar Charlene apabila meneliti pengantin perempuan yang memakai pakaian tradisional dengan tudung sunduk. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
capi-capi MSr | kelakuan dan kata-kata yang tidak senonoh, celupar. | Sebenarnya hutan itu tidaklah setebal hutan di bukit yang mereka lalui tadi. Barangkali hutan paya, fikir Kasim. "Ingat! Di sini jangan capi-capi. Dali, kautahu keadaan di hutan. Jadi hati-hati," ujar Pak Tunggal. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ujar-ujaran | [u.jar.u.ja.ran] | اوجر-اوجرن |
ujar | [u.jar] | اوجر |
|
Puisi |
---|
|
Ujar khabar melambak luas, Tapi kadak taliat pati-patinya; Ujar khabar bailmu bagus, Tapi kadak taliat laki-lakinya.
Lihat selanjutnya... |
|