Kata |
Takrif |
Sumber |
tolak; kereta ~ | tolak ansur saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar |
raih | tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minus | 1. kurang, dikurangi; daerah ~ Id daerah yg kurang menghasilkan bahan makanannya; 2. tolak; tanda ~ tanda tolak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolak ansur | saling memberi dan menerima. bertolak-ansur bersikap mahu berlebih kurang; bersikap mahu saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak tepi | bp tidak dipedulikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak bara | batu pemberat (di perahu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak balik | pergi balik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak bala | penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak | ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jumlah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak-menolak | bertolak-tolakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
curtain-raiser | n 1. (theatr) acara pembukaan; 2. (fig.) titik tolak: this dictionary will be a ~ to the gigantic encyclopaedia project, kamus ini akan menjadi titik tolak kpd projek ensiklopedia yg besar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
handcart | n kereta /sorong, tolak, tarik/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
give and take | n tolak ansur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jumping -off point, jumping-off place | n titik tolak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ballast | vt supply with ballast, a. (ship) mengisikan /balast, tolak ba(ha)ra/ ke dlm; b. (balloon-car) meletakkan /balast, pemberat/ pd. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hard-line | adj tdk (mahu) bertolak ansur; (of doctrine etc) tdk ada tolak ansurnya: a ~ socialist, sosialis yg tdk bertolak ansur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ballast | n 1. material used to stabilize, a. (ship) balast, tolak ba(ha)ra; in ~, membawa balast sahaja, tanpa angkutan; b. (balloon-car) pemberat, balast; 2. gravel for railway, road, balast; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
give | it will take one hour to fly to Penang, ~ or take a few minutes, akan mengambil masa sejam utk terbang ke Pulau Pinang, campur tolak beberapa minit; b. except for, kecuali, melainkan: ~ or take one or two, everyone enjoyed the puppet show, kecuali seorang dua, yg lain semuanya berasa seronok menonton persembahan boneka itu; ~ os, (in sexual intercourse) menyerahkan tubuh: she would have ~n herself to him, dia sanggup menyerahkan tubuhnya kpd lelaki itu; ~ so. os word, berjanji kpd sso; ~ so. to /believe, understand/, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gain | n 1. profit, laba, keuntungan: love of ~, suka mencari keuntungan; to invest a lot of money in property with the hope of ~, melaburkan wang yg banyak dgn membeli harta utk mendapatkan keuntungan; 2. advantage, improvement, [various translations]: his loss is our ~, kerugiannya ialah keuntungan kita; the compromises reached and the ~s achieved at the summit, tolak ansur dan kemajuan yg dicapai di sidang kemuncak itu; the Labour Partys ~s in the election surprised many people, pertambahan kerusi bagi Parti Buruh dlm pilihan raya itu memeranjatkan ramai orang; a ~ in confidence, bertambah yakin; 3. act of gaining, acquisition, pemerolehan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
give | ~ as good as one gets, membalas sebagaimana yg + pass. v: she has strong convictions and in any argument about womens rights, she will give as good as she gets, dia mempunyai pendirian yg tegas dan dlm sebarang perdebatan ttg hak-hak wanita, dia akan membalas sebagaimana yg dihujahkan kepadanya; ~ it to so. (straight), (colloq) cakap dgn sso /depan-depan, terus-terang/; ~ me, (colloq) saya lebih suka: ~ me local coffee any day!, saya lebih suka kopi tempatan; ~ or take, a. more or less, campur tolak: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
zero-sum game | mainan campur tolak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum. |
claw-back | tolak balik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
push-up exercise | latihan tolak-dekat | Sains Kesihatan | Tiada | Terapi penglihatan secara menumpukan perhatian ke arah suatu objek yang digerakkan mendekati atau menjauhi hidung. |
zero-sum game | mainan zerosum | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat mainan campur tolak. |
quid pro quo | quid pro quo | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah tawar-menawar atau tolak ansur yang dibuat antara dua atau lebih pihak oleh pemimpin kaum yang berbeza. Kaedah ini bertujuan mengelakkan konflik yang tercetus akibat perbezaan pandangan. Pihak-pihak ini saling memahami dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Apabila berlaku sesuatu perbezaan pendapat, biasanya akan diakhiri dengan rundingan dan tawar-menawar. Contohnya, kelangsungan Barisan Nasional di negara ini hasil hubungan quid pro quo yang dibentuk antara pihak yang berkepentingan. |
fibre wall thickness | ketebalan dinding serabut | Buluh | Tiada | Ketebalan dinding yang diukur daripada hasil tolak diameter serabut dengan lumen dan dibahagi dua, dalam unit mikrometer (m). Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding serabut yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding serabut yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding serabut menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies. |
ultimatum | kemuktamadan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua. |
bargaining theory | teori tawar-menawar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar. |
valve tappet | tapet injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skru boleh laras yang digunakan untuk melaraskan dan men- dapatkan kelegaan injap tertentu. Tapet injap dipasang pada bahagian atas pengangkat injap atau pada lengan angguk. Skru ini bergerak seiringan dengan aci sesondol dan memindahkan gerakan aci sesondol ke batang injap atau rod tolak. |
prague school | prague school | Kesusasteraan | Tiada | Organisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tuak | tolak | - | - | - | - | - | - | Bajau |
turak, nurak | tolak, menolak | biturak | bertolak (-tolakan), dorong-mendorong | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
ganyur | menolak secara mendatar dengan kuat | binganyur-ganyur | saling tolak-menolak | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tolak | tulik [tulik] | Melanau Dalat | |
tolak | tulak. | kedayan | |
balak | bala, balak; keman tuleak ~ kenduri tolak bala; dua tuleak ~ doa tolak bala. | Melanau Mukah | |
lang | tolak | TETAW | |
titik | ~ tolak titik tulak. | kedayan | |
chabut | cabut; tolak; ambil: tujoh ~ tiga tujuh ditolak tiga. | Iban | |
tuleak I | tolak; | Melanau Mukah | |
lelen II | 1 tolak, dorong; 2 bergerak ke suatu tempat. | Melanau Mukah | |
keman III; ~ niat | kenduri tolak bala. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
beganding Kd Tn | upacara tolak bala. | Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patod Kd Rn | upacara tolak bala dan mengubat orang sakit. | Sekiranya upacara patod ini diadakan bagi mengubat orang yang sedang sakit, maka `bobolian' akan menari atau mengalai -madsayau, yang bentuk tariannya hampir seperti mengigol. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menimbang Bs, Tb | suatu upacara tolak bala yang dilakukan ke atas bayi yang dilahirkan pada bulan safar (Muslim sahaja) untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa bayi tersebut. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngoncong Sk | satu acara kebudayaan atau kepercayaan tradisi untuk mengubati orang sakit, tolak bala dan bernazar. | Kalau dia pulang dan dikahwini lelaki, aku akan ngoncong. Ini niatku. Ini nazarku. Aku akan buat juga. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena burung seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pitulak Bj, Sl | sejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala. | Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut. | Pitulak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedara Ib | suatu upacara yang dilakukan untuk mengubat orang sakit dan untuk mengelakkan kejadian buruk akibat sesuatu petanda (tolak bala). | Eh... jangan balik dulu saudara Baring. Pagi ini kami akan berkampung untuk mengadakan upacara bedara pada petang itu, kata hantu itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb atur cara melalui saluran yang sama tetapi mengikut dua arah yang bertentangan. (KOM) bidirectional genes (gen dwiarah) Sepasang rangka bacaan terbuka, satu pada bebenang campur dan satu lagi pada bebenang tolak heliks ganda dua DNA yang sama dan bertindak pada sesetengah tempat. (BIO) biennial (bienial) Berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun. Episod pembiakan utama berlaku keyword-in-context (kata kunci dalam konteks) Kaedah pengindeksan maklumat yang mengatur kata atau rangkai kata yang dikehendaki bersama konteks sebenarnya dalam teks yang dicari. Singkatan KWIC. (KOM) kick-back (tolak keluar) Jumlah pengawet yang terkeluar semula dari dalam kayu yang telah diawet apabila tekanan diberhentikan. Jumlah ini biasanya berjulat antara 15% hingga 20% daripada jumlah pengawet yang telah masuk ke
|
Kamus Thai 2.indb นหลาม Rema ja melimpah-limpah datang menon- ton persembahan itu. ลบ [lop] ก 1 memadamkan: นักเรียนลบ คำผิดด ้ วยยางลบ Murid itu memadamkan tulisan yang salah dengan getah pema dam. 2 tolak: สี่ ลบสองเหลือสอง Empat to- lak dua tinggal dua. ลม [lom] น angin ลมทะเล [-tale:] น angin laut ลมบก [-bok] น angin darat ลมพิษ [-pit] น kayap angin ลมฟ ้ าอากาศ apa? อะไรก็ตาม [-k:ta:m] apa sahaja: อะไร ก็ตามที่ คุณต ้ องการฉันจะซื้ อให ้ Apa sahaja yang kamu mahu, saya akan belikan. อะลุ ่ มอล ่ วย [alumaluay] ก ber- tolak ansur: การใช ้ ชีวิตคู ่ ต ้ องอะลุ ่ มอล ่ วยกัน Hidup bersuami isteri hendaklah ber- tolak ansur. อะลูมิเนียม [alu:miniam] น alu- minium. อะไหล ่ [alai] น alat
|
Kamus Thai 2.indb ความยาว [-ya:u] น panjangnya: แม ่ น ้ ำไนล ์ มีความยาว 6,700 กิโลเมตร Pan- jangnya Sungai Nil ialah 6,700 kilo- meter. ความยืดหยุ ่ น [-ytyun] น 1 tolak an- sur: ผู ้ บริหารจะต ้ องสร ้ างความยืดหยุ ่ นในการ บริหาร Pentadbir mesti membina sikap tolak ansur. 2 kekenyalan, keanjalan: ห ั วหน ้ าน ั กวิจ ั ยกำล ั งทดสอบความยืดหยุ ่ นของ ว ั ตถุน ั ้น Ketua penyelidik sedang me nguji kekenyalan objek itu |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tolak-menolak | [to.la/.me.no.la/] | تولق-منولق |
tolak | [to.la/] | تولق |
bertolak-tolak | [ber.to.la/.to.la/] | برتولق-تولق |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
aritmetik | arithmetic | Pengiraan asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
beza | difference | Hasil yang diperoleh melalui operasi tolak bagi dua kuantiti. Contohnya, beza 10 dengan 2 ialah 8. | Menengah Rendah |
operasi aritmetik | arithmetic operation | Proses pengiraan dengan menggunakan kaedah tambah, tolak, darab atau bahagi. | Sekolah Rendah |
bentuk lazim | vertical form | Cara menulis nombor dalam operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi secara menegak. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tambah, tolak, darab dan bahagi ialah empat operasi asas dalam matematik. | Menengah Rendah |
baki1 | balance | Amaun yang tinggal selepas sejumlah amaun dikurangkan. Baki juga ialah hasil tolak dua nombor atau nilai. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. | Menengah Atas |
tolak1 | subtract/minus | Mengurangkan suatu nombor atau bilangan objek daripada suatu nombor atau kumpulan objek. Simbol tolak ialah . Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
operasi songsang | inverse operation | Operasi yang menukar semula kesan suatu operasi yang lain. Darab dan bahagi serta tambah dan tolak merupakan pasangan operasi yang saling bersifat songsang. | Menengah Atas |
songsangan | inverse | Hasil yang bertentangan atau kebalikan daripada sesuatu operasi. Contohnya, songsangan bagi operasi yang melibatkan tambah 9 ialah operasi tolak 9. | Menengah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|