Kata |
Takrif |
Sumber |
terbenam | 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbenam | 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbenam | 1. telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2. tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. | Kamus Pelajar |
tenggelam | 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun meneruskan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau menggenangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad berjuang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindakan) menenggelamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terperuk | 1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll), terperosok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam | 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ timbul sekejap tenggelam sekejap timbul. menenggelami membanjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebabkan tenggelam; mengaramkan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman perihal (perbuatan dsb) tenggelam, menenggelami atau menenggelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rendam | ; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berendam | 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan); rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya; perendaman perbuatan dsb merendam (menaruh dlm air). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendam | ; berendam 1 berada dlm air, lumpur dll: Setiap pagi dia mandi ~ di sungai. Kerbau suka ~ dlm lumpur. 2 terbenam atau tenggelam dlm air, lumpur dll: Tanah yg sudah dibajak itu dibiarkan ~ selama seminggu. merendam menaruh sesuatu dlm air: Dia ~ kain baju yg kotor itu dlm air sabun sebelum mencucinya. terendam 1 sudah direndam. 2 terbenam atau tenggelam dlm air dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tancap | tancap; ~ gas Id, bp menekan pedal minyak kereta utk melajukan jalannya; menancap masuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dll), menghunjam: pohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yg ~ di tanah; menancapkan menusukkan hingga masuk (pisau dll), mencucukkan, menghunjamkan: kadang-kadang aku ~ tongkatku di sawah dan ikut serta pd pekerjaan memotong rumput dan menggali tanah; tertancap 1. masuk terbenam, terpacak, terpancang: belati Pendekar Sutan telah lebih dahulu ~ di lambung kirinya, mengenai jantungnya; 2. ki tidak bergerak lagi (kuasa dll), terhenti, tersangkut; tancapan tikaman, tusukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ankle | ~ deep, dgn kaki terbenam ke paras /buku lali, mata kaki, pergelangan kaki/: he stood ~ deep in mud, dia berdiri dgn kakinya terbenam ke paras buku lali; ~ high, separas /buku lali, mata kaki, pergelangan kaki/; /turn, twist/ os ~, kaki sso /terseliuh, terpelecok, tergeliat/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
embedded | adj 1. firmly fixed, terbenam, tertanam: the knife was ~ in the sand, pisau itu terbenam di dlm pasir; 2. encrusted, bertatah(kan): a crown ~ with jewels, mahkota yg bertatahkan permata; 3. fixed in the mind, terpahat, terukir: her face is ~ in my memory, wajahnya terpahat dlm ingatanku. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bog | vt (usu pass.); ~ so. down, sso menjadi buntu: we got ~ged down in details, kami menjadi buntu akibat terlalu banyaknya perincian; ~ st down, a. cause to sink into a bog, terbenam: the bus got ~ged down in the mud for hours, bas itu terbenam dlm lumpur berjam-jam lamanya; b. impede and slow st up, sst tdk ada kemajuan: work on this dictionary was ~ged down by difficulties, kerja menyusun kamus ini tdk ada kemajuan disebabkan berbagai-bagai kesulitan; the talks have been ~ged down for weeks, rundingan itu sudah berminggu-minggu tdk ada kemajuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dislodge | vt remove from fixed position, [various translations]: they were unable to ~ the embedded rock, mereka tdk berupaya utk mencungkil keluar batu yg terbenam itu; the fishbone could not be ~d, tulang ikan itu tdk dapat dikeluarkan; during the storm, some roof tiles were ~d, semasa ribut itu, beberapa genting tertanggal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
horizon | n 1. line at which sky and earth seem to meet, kaki langit, ufuk, horizon: the sun sank below the ~, matahari terbenam di ufuk; sensible ~, kaki langit nyata; 2. (fig.), [various translations]: travel will broaden a persons ~s, pengembaraan akan meluaskan pengalaman sso; beyond the ~ of human intellect, di luar batas intelek manusia; political ~, ruang lingkup politik; 3. (geol) lapisan (tanah). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knee -deep | adj 1. immersed up to the knees, /separas, setinggi/ lutut: the mud is ~, lumpur itu separas lutut; 2. deeply involved, tenggelam, terbenam: to be ~ in trouble, tenggelam dlm kesulitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | ~ down, a. descend, turun: be careful when you ~ down the stairs, berhati-hati apabila kamu turun tangga; b. become lower, turun: his temperature went down, suhu badannya turun; the price didnt ~ down, harganya tdk turun; c. sink, tenggelam, terbenam: the ship went down during the storm, kapal itu tenggelam semasa ribut; the sun went down behind the mountains, matahari terbenam di balik gunung; d. fall to the ground, jatuh: the plane went down in the thick fog, kapal terbang itu jatuh dlm kabut tebal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
always | adv 1. everytime, selalu, sentiasa: shes ~ complaining about her health, dia selalu bersungut ttg kesihatannya; 2. at all times, sentiasa, selamanya: the sun ~ sets in the west, matahari sentiasa terbenam di sebelah barat; carbon dioxide is ~ present in the atmosphere, karbon dioksida sentiasa ada di dlm atmosfera; 3. in all cases, semuanya: this species ~ has webbed feet, spesies ini semuanya mempunyai kaki yg berkulit renang; 4. in any case, [not translated]: if you dont feel well, you can ~ take the day off, kalau kamu berasa tdk sihat kamu boleh bercuti; 5. forever, sentiasa, selama-lamanya: I shall ~ remember your kindness, saya akan sentiasa mengenang budi baikmu; for ~, (colloq) utk selama-lamanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dip | vi 1. slope down, menurun: the land ~s to the south, tanah itu menurun ke arah selatan; 2. descend sharply, menjunam: the eagle ~ped and swooped on its prey, burung helang itu menjunam dan menyambar mangsanya; 3. decline, jatuh, turun: prices ~ped because of reduced taxes, harga turun disebabkan pengurangan cukai; 4. sink, terbenam: the sun ~s below the horizon, matahari terbenam di ufuk barat; 5. (geol) condong: sedimentary rocks ~ping eastwards, batu mendak yg condong ke arah timur; 6. plunge (into st) to take st out, menyeluk: he ~ped into his pocket for the key, dia menyeluk sakunya utk mengambil kunci; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
down1 | adv 1. (indic a low or lower than usual level) a. (gen), [no specif translation]: whats going on ~ there?, apa yg berlaku di bawah sana?; he is ~ in the basement, dia berada di tingkat bawah tanah; ~ at the bottom of the lake, nun jauh di dasar tasik; the blinds are ~, bidai itu telah diturunkan; b. downstairs, sudah turun: its still very early, so no one is ~ yet, masih terlalu awal, jadi tdk ada sesiapa yg sudah turun; c. below the horizon, (telah) /jatuh, terbenam/: the sun is ~, matahari telah terbenam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
embeddability | boleh benam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ciri galas yang membolehkan zarah kecil terbenam dalam galas untuk melindungi galas daripada rosak. |
sunglow | teja mentari | Geografi | Tiada | Cahaya merah jambu yang sering dilihat di langit sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam. |
Rayleigh scattering | penyerakan Rayleigh | Fizik | Nanoteknologi | Proses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang. |
heptastich | saptabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris) |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
sedep | terbenam (merujuk pada matahari) | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
sedepan | arah matahari terbenam | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
motoelou petenob | matahari terbenam | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Bajau |
panarad sarad | keadaan matahari yang hampir terbenam (sebelum senja) | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
rabun | keadaan hampir gelap (matahari baru sahaja terbenam)/senja | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Bajau |
rabun | keadaan hampir gelap (matahari baru sahaja terbenam)/senja | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
masep | benam, terbenam: buduoksiyen ~ lubeang bep kakinya terbenam ke dlm lumpur. | Melanau Mukah | |
matalau | matahari: ~ bawai matahari terbit; ~ masuok, ~ matai matahari terbenam; ~ pilib, (pilib mata) matahari berayun; bah ~ bawai sebelah matahari terbit; bah ~ masuok sebelah matahari terbenam. | Melanau Mukah | |
masuok I | masuk; 1 pergi ke dlm bilik, rumah, tubuh badan, dll: benateang yen pebiah ~ mub binatang itu lari masuk semak; 2 terbenam matahari, bulan, dll: siyen pulek nda ngak matalau ~ dia balik sebelum matahari terbenam; 3 hadir di atau pergi ke tempat bekerja se | Melanau Mukah | |
usep | terbenam | TETAW | |
lenyed | tenggelam; 1 masuk terbenam ke dlm air dll: ~ samalah batou tenggelam spt batu; 2 terjerumus atau termasuk ke dlm, keadaan yg buruk, kesengsaraan dll: ~ lubeang uteang tenggelam dlm hutang; 3 ki sangat asyik hingga terlupa akan yg lain, mabuk: ~ lubeang k | Melanau Mukah | |
ilou I | palang kayu pd kaki tiang utk menahan tiang drpd terbenam. | Melanau Mukah | |
kaleang IV | ~ babi kn papan yg dipasang di bawah palang kayu pd kaki tiang rumah utk mencegah drpd terbenam. | Melanau Mukah | |
baai I | turun; 1 ke bawah, lwn naik: ~ tagak turun tangga; 2 pergi dr pedalaman, kampung ke kawasan bandar: ~ paser turun ke pasar; 3 surut air, hampir terbenam matahari: ~ matalau matahari turun; 4 harga jatuh, merosot: rega bareng kak bak ~, makin jelau makin b | Melanau Mukah | |
belabok | jatuh; 1 turun ke bawah dgn cepat (bkn manusia): Jemerut ~ kuman lawei remutan Jemerut jatuh dr pucuk rambutan; 2 merosot (bkn harga, nilai, dll): rega mata duit likou yen makin ~ nilai mata wang negeri itu makin jatuh; 3 terbenam matahari: gak bah matala | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb dādan( نداد اذغ )ghorūb( بورغ )ghorūr( رورغ )ghazal( لزغ )ghaz̤ab( بضغ )ghaz̤abnāk( کانبضغ )gheflat kardan( ندرک تلفغ gua merompak angsa tidak sedar tidak hadir debu, habuk makanan memberi makan matahari terbenam kebanggaan lirik, seni kata lagu kemarahan marah mengabaikan cave to plunder goose unaware to absent dust food to feed on sunset pride lyric anger angry to neglect غ Kamus Parsi
|
Kamus Sains.indb yang timbul apabila berada dalam bendalir. Jasad boleh apung apabila mempunyai tabiat untuk timbul. Lihat juga buoyancy. (FIZ) buoyant force (daya apung) Daya paduan yang bertindak pada permukaan objek yang terbenam dalam ben- dalir. Daya ini bertindak pada arah tegak, magnitudnya sama dengan berat isi padu bendalir yang disesarkan oleh objek berkenaan dan halanya berlawanan dengan hala tindakan berat. Di samping Ruang antara atas dari muka air yang cukup kecil untuk menahan air mene- ntang tarikan graviti. (HID) capillary rise (bubungan rerambut) 1. Perihal naiknya cecair dalam suatu tiub rerambut yang terbenam dalam cecair, diukur dari paras permukaan cecair yang di luar. 2. Perihal naiknya air atas dari permukaan freatik melalui tindakan kereram- butan. (HID) capillary wave (gelombang rerambut) Gelombang permukaan saput
|
Kamus Thai 2.indb เด็ก ๆ วิ ่ งในสนาม Hujan turun waktu budak-budak se dang berlari di padang. 3 (ตะวัน) ter- benam: ตะวันตกแล ้ วแต ่ คุณพ ่ อก็ยังไม ่ กลับ Matahari sudah terbenam tetapi ayah masih belum pulang. 4 (การสอบ) ga- gal: ผู ้ สมัครสอบจำนวนมากสอบตกในการ สอบคัดเลือกเข ้ ามหาวิทยาลัย Ramai calon yang gagal dalam peperiksaan masuk ke universiti. 5 (ความสามารถ) mero- sot: ฝีมือการเล ่
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terbenam | [ter.be.nam] | تربنم |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
barat | west | Arah matahari terbenam atau arah yang bertentangan dengan arah timur pada kompas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
malam | night | 1. Waktu sesudah matahari terbenam sehingga matahari terbit. 2. Waktu permukaan bumi mengalami kegelapan kerana tidak menerima cahaya matahari. | Sekolah Rendah |
tenggelam | sink | Sifat sesuatu objek yang masuk dan terbenam ke dasar air. | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbenam |
|
|