Kata |
Takrif |
Sumber |
tanjak | kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanjak II | 1. cocok, padan, sesuai; 2. gaya (tubuh badan), tokoh, watak: cincin ini diusul periksa sbg isyarat menyiasat rupa dan roman tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;bertanjak bergaya, berpadanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanjak | kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. | Kamus Pelajar |
tanjak I | 1. sj destar, tengkolok: Anjang memakai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan: dia ~ layar perahunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemuntal | tanjak, destar, tengkolok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setanjak | tengkolok; ®tanjak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layar pucuk jala (tanjak, tanjung) | layar besar di belakang jib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanjak | Jk mendaki; ® tanjak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
destar | kain (ikat) kepala; tanjak; tengkolok: Pengantin lelaki itu kelihatan lebih kacak dgn memakai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
destar | setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ beranting-anting; ~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~ pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll; ~ habis, kopiah luluh prb perihal menanggung kerugian (kesusahan dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal perbuatan yg kurang hemat; berdestar memakai destar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
head-dress | n (gen) hiasan kepala: a tribal chiefs ~, hiasan kepala ketua suku kaum; (traditional Malay) tanjak, tengkolok. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lajjuk Bj Sp | tanjak. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
porong Bj Sp | dastar. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mandapon Ir | hiasan pakaian mereka yg menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan tarian lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirisip, *sinisip* Ir | mahkota yang dipakai oleh penari perempuan atau pengantin perempuan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
malboro Ir | sejenis pakaian lelaki atau perempuan yg menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan tarian lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobotolan Ir | pakaian yang dipakai oleh penari lelaki/perempuan sewaktu menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumbon Bj, Sl | baju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan. | Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alal bimbang Sl | baju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek. | Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya. | Tarian Kaum Suluk Diminati Ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tanjak | [tan.ja/] | تنجق |
setanjak (tanjak) | [se.tan.ja/] | ستنجق |
|
|