Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
tengkolok1 kain ikat (tutup) kepala; tanjak; destar. 2 kain tutup kepala atau selubung yg biasanya dibuat drpd kain sarung atau kain lepas (pakaian wanita).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tengkolok2 kain tutup kepala atau selubung yg biasanya dibuat drpd kain sarung atau kain lepas (pakaian wanita).Kamus Pelajar
tengkolok1 kain ikat kepala (pakaian orang lelaki); destar.Kamus Pelajar
bulang I1. kain dll yg dililitkan pd kepala; ~ bidang sj tengkolok hitam; ~ hulu a) ikat kepala, tengkolok; b) sl kekasih; tali ~ tali yg dililitkan di kepala sbg ganti kain; 2. pengikat taji; ~ atas cara mengikat taji yg sama parasnya dgn susuh; ~ bugis cara mengikat taji pd jari belakang; ~ cipai cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ dagang cara mengikat taji pd kaki kiri sepanjang susuh; ~ golok cara mengikat taji antara jari; ~ jangkil cara mengikat taji pd jari yg terkecil; ~ kanan cara mengikat taji pd kaki kanan sepanjang susuh; ~ lepas cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil; ~ panggang cara mengikat taji di atas taji; ~ tiga jari cara mengikat taji pd ketiga-tiga jari muka; ~ tunjuk cara mengikat taji pd jari depan yg di luar; ~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib); bulang-bulang sesuatu yg dililitkan pd kepala;berbulang 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; membulang 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah;terbulang terikat taji; ~ ayam betina prb orang yg dianggap berani dll, tetapi teryata sebaliknya;bulangan lilitan (ikatan); pembulang (orang dll) yg membulang; kerbau ~ tali prb orang yg berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati).Kamus Dewan Edisi Keempat
tengkolok1. sj kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak; ~ alang destar yg lilitnya rendah; 2. sj kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita;bertengkolok memakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
setanjaktengkolok; ®tanjak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertengkolokmemakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
panunggulJw tengkolok, kuluk, mahkota.Kamus Dewan Edisi Keempat
bendok(Sunda) tengkolok yg sudah siap diikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemuntaltanjak, destar, tengkolok.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
tengkolok
Bersinonim dengan tanjak, destar, bulang hulu, setangan kepala.,