Kata |
Takrif |
Sumber |
sesal-menyesali | bersesalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. | Kamus Pelajar |
sesal | sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. | Kamus Pelajar |
sesal | menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. | Kamus Pelajar |
sesal | perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. | Kamus Pelajar |
sesal | menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. | Kamus Pelajar |
sesal | menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin | Kamus Pelajar |
sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pegal | 1. berasa tegang dan kaku (anggota badan): duduk dua jam itu sudah membuat pinggangnya ~-~; 2. = ~ hati kesal, sesal; memegalkan 1. menyebabkan menjadi pegal; 2. menyebabkan menjadi sesal, kesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
remorse | n 1. regret, sesal: he felt no ~ for his evil deeds, dia tdk berasa sesal thdp perbuatan jahatnya; be filled with ~, berasa penuh sesal: she was filled with ~ for refusing to help, dia berasa penuh sesal krn enggan menolong; in ~, krn sesal: in ~ he committed suicide, krn sesal, dia membunuh diri; 2. mercy, compunction, belas kasihan: the prisoners were beaten without ~, banduan-banduan itu dipukul tanpa belas kasihan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
regret | n 1. feeling of repentance, rasa sesal: he expressed ~ for his past behaviour, dia menyatakan rasa sesal thdp kelakuannya dahulu; have no ~s, tdk berasa sesal; much to my ~, sesalnya saya, sesal rasanya saya; /with, without/ ~, /berasa, tanpa berasa /sesal; 2. (in pl), (in polite expressions of refusal), [various translations]: please accept my ~s at having to refuse your invitation, harap maaf krn terpaksa menolak jemputan kamu; he sends his ~s, dia meminta maaf; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contrite | adj penuh sesal: a ~ heart, hati yg penuh sesal; a ~ letter, surat yg penuh sesal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
remorseful | adj penuh sesal: a ~ expression on his face, wajahnya penuh sesal; a ~ confession, pengakuan penuh sesal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
regretful | adj 1. feeling regret, berasa sesal: I am most ~ for the error, saya berasa amat sesal atas kesilapan itu; 2. expressing regret, dgn penuh sesal: she cast a ~ glance at him, dia mengerling dgn penuh sesal padanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
repentantly | adv penuh sesal: she cried ~, dia menangis penuh sesal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contrition | n kesesalan, perasaan sesal: he showed no ~ for the crime, dia tdk menunjukkan perasaan sesal thdp jenayah yg dilakukannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
repentance | n remorse, sesal, penyesalan; (relig) taubat: the criminal showed no sign of ~, penjenayah itu tdk menunjukkan tanda sesal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
smite | 2. have a great effect on, melanda: she was smitten with remorse, for slapping the child, dia dilanda rasa sesal, selepas menampar budak itu; in Central Africa, whole regions have been smitten by drought, di Afrika Tengah, seluruh kawasan telah dilanda kemarau; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seize | ~ with; be ~d with, a. be overcome by, dicengkam: when he saw the childs tears, he was ~d with remorse, apabila dia nampak budak itu menangis, dia dicengkam oleh rasa sesal; b. have an attack of, diserang: he was ~d with cramps when he was in the swimming pool, dia diserang kejangan otot semasa mandi dlm kolam renang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pepatah | pepatah | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk susunan pengucapan yang disampaikan dalam baris dan perenggan yang biasanya pendek. Bentuk pepatah ini mengandungi unsur-unsur nasihat, pengajaran dan juga fikiran yang benar. Contohnya, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. |
guilt | sesal | Perubatan | Tiada | Rasa bersalah kerana melakukan kesilapan yang boleh memudaratkan kesihatan. |
guilt | sesal | Kejururawatan | Tiada | Rasa bersalah kerana melakukan kesilapan yang boleh mudaratkan kesihatan. |
conflict | pertikaian | Kesusasteraan | Puisi | Pertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sesal | sesel [ssl] | Melanau Dalat | |
sesal | sasal. | kedayan | |
sesel | sesal; | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb kardan( ندرک روبجم )mojtama‘, ejtemāʻ( عامتجا ، عمتجم )mojjarad( در ّ جم )mojrem, moghaṣṣer( ر ِّ صق ُ ـم ،مر ُجم )majles( سلجم )majalle( ه ّ ـلجم )majnūn( نونجم tahniah penuh sesal penterjemah berterima kasih bantal teks misalan positif segi tiga memaksa masyarakat, kaum seorang, bujang penjenayah, pesalah pertemuan majalah gila, sawan, sasau congratulations regretful, sorry translator thankful, grateful pillow context, text
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sesal-menyesali | [se.sal.me.nye.sa.li] | سسل-مڽسلي |
sesal | [se.sal] | سسل |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
penuh sesal | regretful , sorry | متأسف | mota’assef |
|
Puisi |
---|
|
Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna.
Lihat selanjutnya... |
|