Kata |
Takrif |
Sumber |
papar | ; memaparkan membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. terpapar 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. paparan 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. pemaparan perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). pemapar 1 alat, unsur dsb yg memaparkan sesuatu: Telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. 2 orang atau pihak yg memaparkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
papar III | ark; memapar mencari orang utk menjadi askar (kelasi dll); pemaparan perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar II | ; memaparkan 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memperlihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin komputer dsb; terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; paparan 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; pemapar alat (unsur dsb) yg memaparkan sesuatu: telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar I | 1. tidak runcing, papak, pepat, rata; 2. belakang (parang, pisau, dll); memaparkan menjadikan pepat (rata): ~ gigi; alat ini dibuat drpd keluli yg dicanai selari atau dipaparkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar(display) | Tindakan mewakilkan data yang boleh dilihat secara fizikal pada skrin atau pada salinan keras. | Kamus Komputer |
papar; memaparkan | membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. terpapar terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. | Kamus Pelajar |
rata I | 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (permukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendaknya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), terdapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditunjukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah ditaburkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umumnya: keistimewaannya ialah orang-orang bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. membahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke merata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh negara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggar II | Tr 1. membuang, memotong (kulit kayu, rambut, dll), papar: rambutmu sudah panjang. Pergi ~ di kedai gunting; 2. tempat ayam bertenggek di dlm reban, tempat burung bertenggek di dlm sangkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
papar | tiliek [tiliek] | Melanau Dalat | |
papar | papa, pampang. | kedayan | |
belalan I | papar, belakang parang; ~ pareang amun nasak agei lok manyit (papar parang kalau diasah nescaya tajam) prb belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. | Melanau Mukah | |
tenipeh | papar | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
sarung, *seraung* Kd | terendak yang dipakai oleh suku Dusun Papar. | Wanita-wanita ini menudungkan kepalanya dengan sejenis tudung kepala yang seakan-akan terendak di Malaya. Di Papar orang menamakan "sarung" dan bentuknya seakan-akan tudung saji di Malaya. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
languai, *langguai* Kd Pr | bekas sirih dan tembakau tidak bertutup. | Di kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, "manain", "languai", tajau, kumanggi", tanah, kerbau dan babi. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limbai Bj Sm | tarian tradisional suku kaum Bajau Sama. | Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kudidi Bj Sm | sejenis irama paluan kulintangan. | Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kerebak Bj Sm | sejenis irama paluan kulintangan. | Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jawa-jawa Bj Sp | sejenis irama paluan kulintangan. | Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jungkil Bj Sm | sejenis tarian tradisional yang ditarikan dalam majlis keramaian. | Jungkil juga merupakan satu lagi tarian suku kaum Bajau. Tarian ini banyak ditarikan oleh masyarakat Bajau yang mendiami daerah Papar seperti di kampung Kuala, Pengalat Kecil, Bundusan dan Kawang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
papar | [pa.par] | ڤاڤر |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
penganan | | kuih cincin | Penganan papar lemah alap reso ni. | Kuih cincin daerah papar lembut dan sedap rasanya. | makanan dan minuman | Bajau |
Id |
Kata |
Takrif |
Bahasa Sukuan |
Audio |
8801 | testing | testing | Bajau | Papar |
|
Tesaurus |
---|
| papar (adjektif) | Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;, | | Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan, |
|
|