Kata |
Takrif |
Sumber |
merdeka | /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tetap | 1 tidak berpindah atau tidak berganjak dr tempatnya: Orang tuanya ~ tinggal di kampung, tidak mahu berpindah ke tempat lain. 2 tidak berubah-ubah keadaannya atau halnya; selalu demikian halnya: Sekali merdeka ~ merdeka. 3 kekal sepanjang masa atau kekal utk selama-lamanya: Moga-moga persahabatan kita ~ hingga ke akhir hayat. 4 sudah pasti; tentu; mesti: Mesyuarat tsb ~ akan diadakan pd hari itu. 5 bukan utk sementara waktu: Jawatan ini ~ dan berpencen. 6 ki teguh berpegang pd kepercayaannya, pendapatnya dll: Dia ~ tidak mahu berdamai dgn musuhnya. menetap duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. menetapi memenuhi atau menunaikan janji dll: Dia tidak pernah ~ janjinya. menetapkan 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. ketetapan 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak majikan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. penetapan perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. penetap sesuatu yg menetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merdeka | (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merdeka ayam | bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merdeka | bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasa | Kamus Pelajar |
berdaulat | 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berentap-rentapan | 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa, bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt Merdeka dgn Darah dan Biar Lambat Asalkan Selamat ~ dgn Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhbar merdeka | akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari Merdeka | hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari Kemerdekaan (Merdeka) | hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
independent | adj 1. self-governing, merdeka: Malaya became ~ in 1957, Malaya merdeka pd tahun 1957; 2. not associated (with each other) berasingan: the two ~ studies came to almost the same conclusion, kedua-dua kajian yg berasingan itu mencapai kesimpulan yg hampir sama; ~ research projects, projek penyelidikan yg berasingan; 3. done, conducted or given fairly and without bias, bebas: an ~ investigation, siasatan bebas; to get an ~ opinion, mendapatkan buah fikiran yg bebas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
free-born | adj lahir /merdeka, bebas/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
freeman | n non-slave,orang /merdeka, bebas/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
emergent | adj coming into being or notice, baru /muncul, berkembang/; (of nations) baru /muncul, merdeka/: an ~ political structure, struktur politik yg baru berkembang; the ~ countries of Africa, negara-negara Afrika yg baru muncul. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
corner | cut /(off) a, the/ ~, cut across a corner, mengambil jalan pintas; cut ~s, a. take the simplest way, mengambil (jalan) mudah: if you cut ~s your work will not be satisfactory, kalau kamu mengambil mudah, hasil kerja kamu tdk akan memuaskan; b. reduce expenses, mengurangkan kos: to cut ~s on labour, mengurangkan kos buruh; /drive, force/ so. into a ~, (fig.) membuat sso tersepit: in the debate he was able to drive his opponent into a ~, dlm perdebatan itu dia dapat membuat lawannya tersepit; just (a)round the ~, dekat saja; (rel to time) sudah hampir: the bus-stop is just around the ~, perhentian bas itu dekat sahaja; Independence Day is just around the ~, Hari Merdeka sudah hampir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sovereignty | kedaulatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat. |
secession | pemisahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka. |
commonwealth | Komanwel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria. |
sovereign ruler | pemerintah berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
individual freedom | kebebasan individu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela. |
sovereign authority | autoriti berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat. |
secessionism | faham pemisahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang berpegang kepada pembentukan wilayah yang merdeka daripada penguasaan kuasa pusat. Lihat juga pemisahan. |
guided democracy | demokrasi terpimpin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka. |
sovereign | daulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa tertinggi yang tidak mempunyai batas sama ada merujuk kepada negara atau raja. Negara yang berdaulat adalah negara yang merdeka, tidak dijajah atau dikuasai pemerintahannya oleh sebarang kuasa luar. Ia bebas melaksanakan pemerintahan sendiri. Manakala daulat raja merujuk kepada kuasa luar biasa yang dimilikinya dan penderhakaan terhadapnya boleh membawa bencana. Pada masa dahulu, raja dipercayai sebagai utusan tuhan di muka bumi dan memiliki kekuatan luar biasa seperti boleh melihat benda yang gbaib. Konsep ini sering dikaitkan dengan usaha golongan istana untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat. Contohnya, kedudukan daulat Raja Melayu Melaka dahulu didakwa hasil daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang bermula dengan perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
merdeka | merdeka [mrdeka] | Melanau Dalat | |
merdeka | madikak. | kedayan | |
merdeka | medeka [m«deka], meredeka [m«F«deka] kn merdeka. | Melanau Mukah | |
medeka | merdeka | TETAW | |
Kamus Parsi.indb ندرک غارفتسا )esteghlāl( لالقتسا )estekān( ناکتسا )estevā( اوتسا )esfenāj( جانفسا )esfanj( جنفسا )eskele‚ bār andāz( زادناراب ،هلکسا )esm( مسا kuda kuda laut profesor tulang rehat bakat penjajahan menggunakan muntah kebebasan, merdeka cawan khatulistiwa bayam span jeti, dermaga nama horse sea horse professor bone rest talent colonization to use to vomit independence cup equator spinach sponge jetty name مسا بسا Kamus Parsi ىور )rahā, āzād( دازآ ،اهر )rīkhtan( نتخير )rīz( زير sungai siang dunia, alam maya hari kebangsaan surat khabar kewartawanan berpuasa kampung selendang prosedur, cara, kaedah terang minyak muka, wajah bebas, merdeka tuang terlalu kecil river day world national day newspaper journalism to fast village, hamlet shawl, scarf method light up oil face, surface free to pour tiny زير هناخدور Kamus Parsi
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
merdeka | [mer.dé.ka] | مرديک |
merdeheka (merdeka) | [mer.de.hé.ka] | مردهيک |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
bebas , merdeka | free | رها،آزاد | rahā , āzād |
kebebasan , merdeka | independence | استقلال | esteghlāl |
|
|