Kata |
Takrif |
Sumber |
menghiraukan | mengambil tahu akan sesuatu; mempedulikan; mengacuhkan; mengendahkan: Ada orang yg menasihatinya supaya jangan pergi tetapi dia tidak ~ nasihat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghiraukan | mempedulikan, mengacuhkan, mengendahkan, memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhongoh-hongoh | 1. bersendirian tanpa menghiraukan sesuatu: dia berjalan ~ tanpa menghiraukan kami yg berdiri di situ; 2. (dlm keadaan yg sangat) penat, tergopoh-gopoh; hongah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hongoh-hongoh | , terhongoh-hongoh 1. bersendirian tanpa menghiraukan sesuatu: dia berjalan ~ tanpa menghiraukan kami yg berdiri di situ; 2. (dlm keadaan yg sangat) penat, tergopoh-gopoh; hongah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hongoh | Kl; hongoh-hongoh, terhongoh-hongoh 1. bersendirian tanpa menghiraukan sesuatu: dia berjalan ~ tanpa menghiraukan kami yg berdiri di situ; 2. (dlm keadaan yg sangat) penat, tergopoh-gopoh; hongah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hirau | ; menghiraukan mengambil tahu akan sesuatu; mempedulikan; mengacuhkan; mengendahkan: Ada orang yg menasihatinya supaya jangan pergi tetapi dia tidak ~ nasihat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memeka | menghiraukan, mempedulikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peduli | menghiraukan, mengambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain); mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain; kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (terhadap seseorang atau sesuatu), perhatian, keprihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hirau | , menghiraukan mempedulikan, mengacuhkan, mengendahkan, memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membenakan | menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
careless | ~ of, tanpa /menghiraukan, mempedulikan, mengendahkan, mengambil berat ttg/: ~ of the consequences, tanpa menghiraukan akibatnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
care | vi 1. (often with negative) be concerned or bothered (about) menghiraukan, mempedulikan: we should not always ~ about what others think of us, kita tdk seharusnya sentiasa menghiraukan pandangan orang lain thdp kita; for all I ~, I couldnt ~ less, who ~s, (colloq) peduli apa, saya tak peduli; 2. be interested in, mengambil berat: he ~s more about his business than his family, dia lebih mengambil berat ttg perniagaannya drpd keluarganya; 3. feel affection for, sayang: he may not show it but he really ~s, dia mungkin tdk menunjukkannya tetapi dia benar-benar sayang; 4. want, mahu: would you ~ to come along?, mahukah kamu ikut sama?; 5. like, suka: I dont ~ to be seen in his company, saya tdk suka dilihat bersamanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irrespective | adj; ~ of, tanpa mengira; (consequences) tanpa /menghiraukan, mempedulikan, mengira/: we shall have to have the work done, ~ of cost, kita mesti memastikan kerja itu dilaksanakan tanpa mengira kos; he is determined to do it, ~ of the consequences, dia bertekad utk melakukannya tanpa menghiraukan akibatnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insensitive | 4. showing lack of feeling, sympathy, menunjukkan sso kurang berperasaan: an ~ remark, kata-kata yg menunjukkan sso kurang berperasaan; 5. indifferent, tdk /mempedulikan, menghiraukan, peduli akan/; (attrib) tdk /mempedulikan, menghiraukan, peduli akan/ + approp n: the management was accused of being ~ to the feelings of the employees, pihak pengurusan didakwa tdk mempedulikan perasaan para pekerja; the ~ policies of the previous government, dasar kerajaan terdahulu yg tdk mempedulikan hasrat rakyat; the ~ attitude of some of the leaders of the community, sikap sesetengah pemimpin masyarakat itu yg tdk mempedulikan perasaan penduduk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contemptuous | adj displaying scorn, penuh kebencian: she gave him a ~ look, dia memandang lelaki itu dgn penuh kebencian; be ~ of, disregard, tdk /mengendahkan, menghiraukan/: the speeding motorists seemed ~ of death, pemandu-pemandu yg memandu dgn laju itu seolah-olah tdk menghiraukan maut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heed | vt mengendahkan, mempedulikan, menghiraukan: the committees advice was not ~ed, nasihat jawatankuasa itu tdk diendahkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ignore | vt tdk /mengendahkan, mempedulikan, menghiraukan/: he was ~d by the other guests, dia tdk diendahkan oleh tetamu-tetamu lain; she just ~d the rules, dia tdk mempedulikan peraturan-peraturan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disregard | vt tdk /mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan/: the students chose to ~ the warning, pelajar-pelajar itu sengaja tdk mempedulikan amaran; she consistently ~ed the feelings of others, dia selalu tdk mempedulikan perasaan orang lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disregard | n sikap tdk /mengendahkan, mempedulikan menghiraukan/: their ~ for the consequences of an action, sikap mereka yg tdk mempedulikan akibat sst tindakan; a complete ~ of the rules, sikap tdk mengendahkan peraturan sama sekali; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indifference | n state of, a. (being apathetic) sikap tdk ambil /peduli, kisah/; (foll by to, towards) sikap tdk /mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan/: his ~ to the sufferings of the refugees raised much comment, sikapnya yg tdk mempedulikan penderitaan pelarian menimbulkan begitu banyak kritikan; treat so. with ~, tdk /mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan/ sso: he was treated with ~, dia tdk diendahkan; b. (having no interest in or preference for one thing over another) sikap tdk (ambil) / kisah, peduli/; be a matter of ~ to so., sso tdk /peduli, kisah/: what you do is a matter of ~ to me, saya tdk kisah apa kamu buat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
egocentrism | egosentrisme | Kejururawatan | Tiada | Kecenderungan berfikir dan memfokus pada diri sendiri sahaja tanpa menghiraukan perasaan orang lain. |
apathy | apati | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap individu yang langsung tidak mempunyai emosi dan motivasi terhadap sesuatu perkara. Misalnya seseorang yang tidak langsung menghiraukan perkembangan politik negaranya. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor antaranya ialah status sosial individu tersebut yang tidak mempunyai kepentingan dan sikap tidak peduli dengan perkembangan politik. Contohnya, terdapat golongan miskin yang bersikap apati politik kerana perkembangan politik tidak membawa sebarang perubahan kepada status mereka. |
mbeling poetry | puisi mbeling | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan kehidupan sosial masyarakat yang sering menunjukkan sikap pesimis, skeptis dan individualistik. Cara pengungkapannya tidak menghiraukan diksi tradisional. Contohnya, petikan dari puisi "Biaring" karya Judhistira Ardi Nugraha di bawah. Kamu bilang aku bajingan. Aku bilang biaring. Kamu bilang aku perampok. Aku bilang biaring. |
translation | terjemahan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan kesetiaan terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh Ala al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ayak | sj biawak: sarak tua nunda ~ melaki bini biarlah kita bercerai cara biawak (yakni tidak menghiraukan di antara satu sama lain lagi). | Iban | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
giluguop, *kirukup* Bd | sejenis ulat cincin yang berwarna kemerah-merahan. Ia tinggal di hutan tua di bawah daun-daun kering dan di tempat yang lembap. | Beberapa ekor semut dan giluguop yang tidak menghiraukan bunyi bising itu habis ditimpa dan ditompoki abuk-abuk kayu tetapi tidak lama kemudian binatang-binatang itu akan muncul semula daripada lumpur abuk tadi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menghiraukan | [meng.hi.rau.kan] | مڠهيراوکن |
|
|