Kata |
Takrif |
Sumber |
mengakui | 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengakui | 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakui | 1. mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2. menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. | Kamus Pelajar |
asyhadu | Ar saya mengakui (percaya, yakin); ~ an lailahaillallah saya mengakui tiada Tuhan yg lain melainkan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iktiraf | ; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiktiraf | 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesahkan | 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafi | Ar 1. penolakan, penyangkalan; 2. tidak mahu (mengaku, menurut, dll), ingkar; menafikan tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal: beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg berani ~ pendapatnya itu; tidak ~ mengakui, menerima (kebenaran, kenyataan, kewujudan, dsb sesuatu); penafian perihal (perbuatan dsb) menafikan, penyangkalan: misalnya, imbuhan awalan Inggeris a-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non, semuanya membawa fungsi yg sama iaitu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percaya | 1. = ~ akan (kpd) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
acknowledge | vt 1. admit, mengakui: he ~d his ignorance of the law, dia mengakui kejahilannya ttg undang-undang; one should be able to ~ os mistakes, seseorang harus dapat mengakui kesilapannya; to ~ defeat, mengaku kalah; 2. recognize, accept, mengakui; (fml) mengiktiraf: to ~ the truth of a statement, mengakui kebenaran sesuatu kenyataan; to ~ so. as leader, mengakui sso sbg pemimpin; he was ~d as heir to the throne, baginda diiktiraf sbg pewaris takhta kerajaan; 3. indicate appreciation for, menghargai: to ~ sos services, menghargai khidmat sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
recognize | 3. accept, admit, mengakui, mengaku akan: he refused to ~ his error, dia tdk mahu mengakui kesilapannya; ~ defeat, mengaku kalah; 4. show appreciation of, menghargai: his services have been ~d by his employer, jasanya telah dihargai oleh majikannya; 5. acknowledge formally, mengiktiraf(kan), mengakui: some countries have refused to ~ the new government, sesetengah negara telah menolak utk mengiktiraf kerajaan baru itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avowed | adj self-acknowledged, mengakui dirinya: an ~ Maoist, seorang yg mengakui dirinya pengikut Mao. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avow | vt 1. declare, affirm, mengatakan; 2. admit, mengakui: he ~ed himself an atheist, dia mengakui dirinya sbg ateis; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confess | vt 1. admit, mengaku; (fault, crime, etc) mengakui: she ~ed that she did it, dia mengaku bahawa dia melakukannya; he ~ed himself surprised, dia mengaku bahawa dia terperanjat; he ~ed his error, dia mengakui kesilapannya; 2. tell os sins to God, priest, membuat pengakuan; (foll by a clause) mengaku: to ~ os sins, membuat pengakuan dosa; she ~ed that she had sinned, dia mengaku telah membuat dosa; 3. hear the confession of, mendengar pengakuan dosa: the priest ~ed him, paderi itu mendengar pengakuan dosanya; ~ to st, telah mengaku (+ approp ): he did not ~ to the crime, dia tdk mengaku telah melakukan jenayah itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
humble | eat ~ pie, mengakui kesilapan sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
agree | vt grant, bersetuju, mengakui: he ~d that the price was too high, dia bersetuju bahawa harganya terlalu mahal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
recant | vt renounce, menarik balik, mengakui tdk benar, meninggalkan: Galileo initially refused to ~ his statement, Galileo pd mulanya enggan menarik balik kenyataannya; he ~ed his faith and became a Buddhist, dia meninggalkan agamanya dan menjadi penganut agama Buddha. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
recant | vi menarik balik + approp n, mengakui + approp n tdk benar; (os religion) meninggalkan agama sso: many of the imprisoned Jews were forced to ~ and become Christians, kebanyakan orang Yahudi yg ditawan itu dipaksa meninggalkan agama mereka dan masuk Kristian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
affirmative | adj 1. asserting as true, /mengiakan, mengakui/ + approp n: the tests produced ~ results, ujian-ujian itu menghasilkan keputusan yg mengiakan hipotesis; 2. indic agreement, mengiakan: he gave an ~ nod, dia mengangguk mengiakan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hallucination | halusinasi | Psikologi | Psikologi Umum | Pengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau. |
acknowledge | mengakui | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
denial of rights | penidakan hak | Sejarah | Tiada | Keengganan satu pihak untuk menerima dan mengakui serta mengesahkan hak pihak lain ke atas sesuatu perkara yang dituntut, seperti hak mengundi bagi wanita. |
plagiarism | ciplak | Komunikasi | Tiada | Perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme. |
herbal remedies | jamu | Perubatan | Tiada | Campuran herba yang terdiri daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga, buah, batang, biji dan akar yang digunakan untuk merawat penyakit. Jamu biasanya digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat masalah kesihatan atau lebih kerap digunakan sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Walaupun ramai yang mengakui keberkesanan ramuan tersebut namun, kajian secara saintifik perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Sinonim ramuan herba. |
make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
aku; mengakui | menada [mnada]; mena tada tangan [mna tada taan] | Melanau Dalat | |
aguong III | mengambil atau mengakui barang orang lain sbg miliknya, abuk, mengabuk. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
saging Mr | sejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak. | Bila mentua membawa saging menantu sudah faham, beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau. | 7 Malam Mabuk di Pesta Tinau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mengakui | [me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui |
|
Peribahasa |
---|
| 11 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|