Kata |
Takrif |
Sumber |
mapan | 1 tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap: Bahasa Melayu yg sudah ~ mampu menjadi bahasa perhubungan di Nusantara. 2 sudah kukuh, stabil atau teguh (bkn kedudukan dsb); sudah dikenali ramai (bkn seseorang): Samad Said, Anwar Ridwan, dan Kemala ialah antara penulis yg sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mapan | 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~; memapankan memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu; kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; pemapanan perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemapanan | keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
parvenu | n ( fml & derog ) orang kaya baru: they were considered ~s by their more established neighbours, mereka dianggap orang kaya baru oleh jiran-jiran mereka yg lebih mapan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
established | adj 1. set up, telah bertapak: he works with a well-~ legal firm, dia bekerja di syarikat guaman yg telah bertapak; 2. firmly accepted, sudah mantap:an ~ custom, adat yg sudah mantap; 3. be firmly associated with a particular activity, sudah mapan: ~ dressmakers, pembuat pakaian yg sudah mapan; ~ clientele, klientel (yg) mantap; 4. (of Church, religion) rasmi: Islam is the ~ religion in Malaysia, Islam ialah agama rasmi di Malaysia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
sustainable management | manajemen berkesinambungan | pengurusan berkesinambungan/mapan | pengurusan mapan | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sustainable | mapan | Kejuruteraan | Tiada | Konsep menggunakan sumber dengan cara yang sesuai untuk memastikan sumber tersebut tahan lama. |
sustainable society | masyarakat mapan | Kejuruteraan | Tiada | Masyarakat yang hidup dalam batasan yang ditentukan oleh alam semula jadi dengan mengamalkan penggunaan maksimum sumber boleh barui, kitar semula, pemuliharaan, dan kawalan kependudukan. |
sustainable development | pembangunan mapan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi. |
sustainable development | pembangunan mapan | Sosiologi | Tiada | 2. Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka. |
sustainable agriculture | pertanian mapan | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pertanian yang menggunakan kaedah yang mesra alam dan menggunakan sumber asli secara kitar semula, mengurangkan penggunaan bahan kimia termasuk baja, racun rumpai dan perosak. Sistem pertanian ini juga menekankan kawalan perosak dan penyakit dengan kaedah kawalan biologi dan menggunakan konsep ekologi. Selain itu, ia menekankan kualiti kehidupan petani dan masyarakat keseluruhannya dengan menghasilkan bahan pertanian yang selamat digunakan. Sinonim pertanian lestari. |
sustainable environment | persekitaran mapan | Kejururawatan | Tiada | Alam sekeliling yang dapat mengekalkan kesihatan untuk generasi akan datang. |
sustainable landscape | landskap mapan | Landskap | Tiada | Landskap semula jadi atau buatan yang dapat bertahan tanpa penjagaan yang rapi . |
sustainability health programme | program kesihatan mapan | Kejururawatan | Tiada | Rancangan kesihatan yang kukuh, mantap dan boleh digunakan secara berterusan. |
sustainable agriculture | pertanian lestari | Pertanian | Agroteknologi | Lihat pertanian mapan. |
green technology | teknologi hijau | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penghasilan produk atau pengeluaran yang mapan, dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, bersifat mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran persekitaran. Dari aspek pertanian, teknologi hijau ialah sistem pengeluaran tanaman yang mengelakkan penggunaan bahan kimia sintetik sebagai baja, racun herba serta racun perosak dan agen penyakit. Sebaliknya, teknologi hijau pertanian menggunakan bahan organik daripada sisa tanaman dan haiwan sebagai baja dan menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengelakkan perosak dan penyakit. Kaedah ini dapat mengelakkan pencemaran air dengan bahan kimia daripada baja dan racun. Selain itu, amalan sistem tanaman bercampur dan tanaman berpusingan digunakan untuk mengurangkan risiko serangan perosak dan penyakit berbanding dengan tanaman tunggal. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
mapan | kerubung, mengerubung, dikerubung, hurung, menghurung, dihurung (bkn lalat, langau lebah dsb) | - | - | - | - | - | Fauna dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mapan | tagep dao [tagp.dao] | Melanau Dalat | |
tagep | mapan | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mapan | [ma.pan] | ماڤن |
|
|