Kata |
Takrif |
Sumber |
longgar | 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelonggaran | 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelambu | bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjabir-jabir | 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jabir I | ; berjabir-jabir 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjal | alas (tiang, landasan kereta api, dll), sempal (tempat yg longgar, puting parang dgn lubang hulu, dll); mengganjal membubuh ganjal: tiang balai itu diganjal dgn batu;terganjal memakai ganjal, ketat (tidak longgar), kukuh (tidak goyah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gedoboh | longgar dan besar (baju dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelonggaran | keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galir | 1. longgar kerana haus (bkn kunci, skru), tidak sendat: mesin ini tidak berjalan betul kerana skrunya sudah ~; 2. ki fasih, lancar (bercakap), cepat bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
lax | adj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a persons, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fit1 | n padan: the dress is a beautiful ~, baju itu padan sekali; be a /tight, loose/ ~, ketat, longgar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
elastic | n (pita, tali) elastik; (colloq) getah: my socks keep slipping because the ~ has worn out, stoking saya sentiasa melorot krn getahnya sudah longgar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
full | c. (of information, evidence, etc) lengkap: we need ~er information, kita memerlukan maklumat yg lebih lengkap; d. (of board, committee, etc) lengkap: a meeting of the ~ committee, mesyuarat jawatankuasa lengkap; 5. rounded, plump, (of figure) montok; (of face, breasts) montok, penuh; (of lips) penuh; 6. (of clothes) a. of ample cut, kembang: a ~ skirt, skirt kembang; the ~ sleeves are gathered into cuffs, lengan kembang itu dikedutkan menjadi manset; b. loose, longgar; 7. (of sails etc) distended by wind, terkembang: under ~ sail, dgn layar terkembang; 8. (of voice, sound) deep, dalam; 9. (of moon) purnama, penuh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud rumus yang berentak atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas. |
sand dune | gumuk pasir | Sains Marin | Tiada | Bukit pasir longgar yang dibina menerusi proses aeolian (angin) atau aliran air yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan saiz. Gumuk pasir ini terbentuk melalui interaksi dengan aliran udara atau air. Gumuk pasir terdapat banyak di kawasan padang pasir atau berhampiran dengan laut dan tasik. |
culotte | seluar ala skirt; kulot (PEM.MAN) | Sosiologi | Tiada | Seluar longgar yang menyerupai skirt. |
culotte | seluar ala skirt; kulot (PEM.MAN) | Kesenian | Tiada | Seluar longgar yang menyerupai skirt. |
piston slap | bunyi tamparan omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bunyi bising yang dihasilkan oleh omboh yang dipasang terlalu longgar di dalam silinder enjin. |
bracket | pendakap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang dengan bolt, skru atau nat untuk memegang bahagian lain daripada menjadi longgar atau tercabut. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
prose poem | sajak prosa | Kesusasteraan | Tiada | Sajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak Proem oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatul-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam The Love Song of J.Alfred Prufrock oleh T.S. Eliot dan sajak Lirik untuk Improvisasi Jaz oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi al-Zaman al-Hamdhani oleh Badial-Zaman al-Hamadhani. |
translation | terjemahan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan kesetiaan terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh Ala al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red. |
agricultural bank | bank pertanian | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya memberi pinjaman kepada petani, nelayan, dan penternak untuk menjalankan perusahaan pertanian. Bank ini beroperasi seperti bank pinjaman, tetapi pinjaman diberi dengan kadar bunga yang lebih rendah daripada kadar bunga pasaran dan dengan syarat yang longgar. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
oluwau | longgar | - | - | - | - | - | Keadaan Benda Dan Permukaan | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
luah | longgar, galir; 1 tidak sempit, lapang (pakaian, lubang dll): ~ angai sangat longgar; 2 tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas: ~ sekeru longgar skru, galir skru; 3 tidak ketat bkn undang-undang, syarat, dsb: aturan wak ~ nulik wak nda adil aturan yg | Melanau Mukah | |
longgar | luger [lugr] | Melanau Dalat | |
longgar | kelonggaran kalonggaan. | kedayan | |
longgar | longga; | kedayan | |
megarok | longgar | TETAW | |
gerak-gerak | 1 bunyi lantai yg longgar ketika dipijak; 2 bunyi sst yg jatuh melalui anak-anak tangga. | Melanau Mukah | |
awuih | haus akibat geseran dan kerap penggunaan (bkn benda menjadi nipis, longgar, dll): taya keritak wak ngak ~ genati jegem wak baou tayar kereta yg sudah haus digantikan dgn yg baru; | Melanau Mukah | |
kuseah II, pekuseah | cupul; 1 tidak kuat, ikatannya, belitannya, dll: bed yen ~ ikatan itu cupul; 2 ki longgar: adet nebak delouyen agei ~ adat yg dipakai mereka masih cupul. | Melanau Mukah | |
selun | sendal; 1 lapik (alas dll) yg disisipkan ke bawah sst benda supaya tidak goyah atau goyang; 2 sst (baji dll) yg disisipkan utk mengetatkan benda-benda yg longgar; 3 kayu dll utk menahan atau menyokong perahu di darat supaya jangan terguling, jermang; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ib | peribahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah. | Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah, kata Keling menuding ke arah Laja. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giak I Bj Sm, MSb | kerangka pada perahu. | Aku bersiap. Bajuku yang tersangkut pada giak lipa, kucapai. Seluar paras lutut yang longgar kusarungkan. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb menentukan fungsi hati. (UBAT) quickening (gegerak) Gerakan pertama fetus yang dapat dirasai. Gerakan ini biasanya berlaku di sekitar minggu ke-16 hingga ke-18 kehamilan. (UBAT) quickland (pasir jerlus) Pasir longgar yang mempunyai cerun hidraulik yang tinggi menyebabkan tekanan galasnya amat rendah. (KEJ) quick-lock door (pintu cepat terkunci) Pintu pada silinder rawatan bertekanan yang dapat menahan tekanan dari dalam dan erosus). (BIO) root-cap (jidal akar) Tisu yang menutupi bahagian hujung akar dan melindungi hujung akar apa- bila akar membesar ke dalam tanah. Tisu ini terdiri daripada sel yang tersusun longgar. (BIO) rootlets (anak akar) Lihat root hair. (BIO) ropy bread (roti bertali) Keadaan yang berlaku dalam roti yang dibakar hasil pengkapsulan Bacillus serta hidrolisis protein tepung dan kanji. Proses ini
|
Kamus Thai 2.indb gagal men dapat markah yang tinggi, dia tawar hati untuk meneruskan penga- jiannya. ย ่ อหน ้ า [-na:] น perenggan, paragraf ย ่ อหย ่ อน [-y:n] ว longgar: ผู ้ คนจำนวน มากถือโอกาสขนของหนีภาษีเพราะการควบคุม ที่ เขตแดนย ่ อหย ่ อน Ramai orang mengam- bil kesempatan menyeludup barang- barang kerana kawalan di pintu sem- padan sangat longgar. ยอก [y:k] tertusuk: เขาเดินเขยก ๆ เพราะเท ้ าเขาถูกหนามยอก Dia berjalan terdengkot-dengkot kerana kakinya tertusuk duri. ยอกย ้ อน [-y:n] ก berbelit-belit: ผู ้ พิพากษาตำหนิพยานเพราะให ้ การยอกย
|
Kamus Thai 2.indb นคลอดลูกแฝด Mak cik saya telah ครุ ่ นคิด คลอด Kamus Thai 2.indb 63 4/15/2008 11:03:33 AM ค 64 melahirkan anak kembar. คลอน [kl:n] ว longgar: ฟ ั นของผมคลอน อยู ่ ซี่ หนึ่ ง Ada sebatang gigi saya yang longgar. คลอนแคลน [-klε:n] ว goyang, go yah, tidak mantap, tidak stabil: ร ั ฐบาล คลอนแคลนเพราะประชาชนขาดความเชื่ อม ั ่น Kedudukan kerajaan goyang kerana rakyat semakin hilang kepercayaan. คล ้ อย [kl |
Kamus Thai 2.indb น lopak หลวง [lua] ว 1 diraja: ศูนย ์ พัฒนาพิกุลทอง เป็นโครงการหลวง Pusat Pembangunan Phikun Thong merupakan Projek Dira- ja. 2 awam หลวงจีน [-ci:n] น sami Cina หลวม [luam] ว longgar หยัน หลวม Kamus Thai 2.indb 392 4/15/2008 11:13:07 AM ห 393 หล ่ อ 1 [l:] ก mencetak: ชาวพุทธช ่ วยกัน หล ่ อพระพุทธโสธร Penganut
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
longgar | [long.gar] | لوڠݢر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
meregangkan | stretch | Menarik dua bahagian objek dalam arah yang bertentangan supaya tegang atau longgar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lentisel | lenticel | Liang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata longgar. |
|
|