Kata |
Takrif |
Sumber |
lelas | 1 licin kerana digosok (dihiris atau dipotong). 2 terkupas kulit kerana tergesek dll. melelas 1 menjadi licin atau rata. 2 mengelupas (kulit); melecet. melelaskan 1 menjadikan licin atau rata: ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin. 2 menggosok hingga licin. 3 menyebabkan menjadi lelas (terkelupas kulit dll): Kasut baru ~ kakinya. lelasan kawasan pd tubuh yg terkupas kulit kerana tergesek dsb: Terdapat luka dan ~ pd tubuh mangsa. pelelasan perihal, perbuatan dsb melelas atau melelaskan. pelelas sesuatu yg digunakan utk melelaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lelas | 1. licin atau rata (kerana diparas, dipotong, dsb); 2. terkupas kulit (kerana tergesel dsb), lecet; melelas 1. menjadi licin atau rata (spt diparas atau dipotong); 2. mengelupas kulit (kerana tergesel dsb), melecet; melelaskan 1. menjadikan licin atau rata, memaras; ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin; 2. menggosokkan sesuatu hingga licin; 3. menyebabkan lelas (lecet), melecetkan; pelelas sesuatu yg digunakan utk melicinkan, pelicin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puas lelas | puas sungguh-sungguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas lelas | bebas sama sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nelas | Kl lecet (kulit), lelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melecet | 1. basah, lecap: kapur berlecet dgn air mawar; 2. lelas (kulit), mengelupas; 3. luka yg berair, melepuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlecet | 1. basah, lecap: kapur berlecet dgn air mawar; 2. lelas (kulit), mengelupas; 3. luka yg berair, melepuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecet | (lécét) 1. basah, lecap: kapur berlecet dgn air mawar; 2. lelas (kulit), mengelupas; 3. luka yg berair, melepuh; melecetkan menyebabkan melecet (kulit), melelaskan, mengelupaskan: perjalanan yg jauh itu telah ~ kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melelaskan | 1 menjadikan licin atau rata: ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin. 2 menggosok hingga licin. 3 menyebabkan menjadi lelas (terkelupas kulit dll): Kasut baru ~ kakinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melelaskan | 1. menjadikan licin atau rata, memaras; ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin; 2. menggosokkan sesuatu hingga licin; 3. menyebabkan lelas (lecet), melecetkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
abraded | adj 1. worn away, scraped off, lelas: ~ rocks, batu-batu yg lelas; 2. injured (of skin) melecet, lelas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abrade | vt 1. wear away, scrape off (rock, bark of tree, etc), (act.) melelaskan; (pass.) lelas; 2. injure (skin), (act.) melecetkan, melelaskan; (pass.) melecet, lelas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chafe | n kesan /lecet, lelas/: the horse has a ~ on its back, terdapat kesan lecet pd belakang kuda itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
graze 2 | n abrasion, lelas, lecet: a ~ on his arm, lecet di lengannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abrasion | n 1. act, process of abrading, pelelasan; 2. abraded area or surface, a. (of rock, bark of tree, etc) lelasan, bahagian yg lelas; b. (of skin) lelasan, bahagian yg /melecet, lelas/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
abrasion test | ujian lelas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian untuk menentukan takat lelas cat |
abrasion resistant material | bahan tahan lelas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan tahan lasak seperti getah, logam, seramik atau kayu yang mampu menahan geseran dan kakisan akibat hentakan atau penggunaan yang berterusan. Contohnya, logam atau getah di dinding koridor hospital untuk mengelakkan kerosakan akibat geseran troli. |
vulnerary | vulnerary | Herba | Tiada | Herba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contoh herba ini ialah lidah buaya, bawang putih, lada benggala dan paprika. |
vulnerary | vulnerari | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contohnya, lidah buaya (Aloe vera) dan senduduk (Melastoma malabathricum). |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lelas | aluih rekid (kulit) [aluwih kid] | Melanau Dalat | |
lelas | kulabak. | kedayan | |
ratak | lelas | TETAW | |
lekuih | lelas, lecet; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lelas | [le.las] | للس |
|
Tesaurus |
---|
| lelas | | Rujuk :lecet |
|
|