Kata |
Takrif |
Sumber |
layak IV | Kd tong membanting padi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layak III | ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berteras), akar pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layak II | ; ikan ~ ikan yg dibelah dr belakangnya dan dikeringkan; melayak membelah ikan utk dikeringkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri yg layak bagi manusia | perbuatan yg layak bagi manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layak | sesuai; patut; padan: Dia ~ menjadi ketua kerana dia cekap. melayakkan menjadikan layak; memadankan; menyesuaikan: Utk ~ kita menjawat jawatan yg lebih tinggi, kita mestilah belajar lagi. kelayakan kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. berkelayakan mempunyai kebolehan atau kecekapan: Orang yg ~ saja yg diminta memohon. selayaknya sepatutnya; sepantasnya: Sudah ~ dia bertindak sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
layak | sesuai; patut; padan: Dia ~ menjadi ketua kerana dia cekap. melayakkan menjadikan layak; memadankan; menyesuaikan: Utk ~ kita menjawat jawatan yg lebih tinggi, kita mestilah belajar lagi. kelayakan kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. berkelayakan mempunyai kebolehan atau kecekapan:Orang yg ~ saja yg diminta memohon. selayaknya sepatutnya; sepantasnya: Sudah ~ dia bertindak sekarang. | Kamus Pelajar |
wali ikrab | a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wali akrab | ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layak I | 1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd ~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~ dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg tertentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hina aku spt mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya; selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula; melayakkan menjadikan layak, memadankan, menyesuaikan: hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal; kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggupan: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; berkelayakan mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah I | 1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan bertentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ineligible | adj tdk layak: he is ~ for a pension, dia tdk layak utk menerima pencen; he was ~ to vote as he was not a member, dia tdk layak mengundi krn dia bukan ahli. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disqualify | vt usu ~ /for, from /, 1. make unsuitable, unfit for, (act.) menyebabkan [sso] tdk layak, tdk melayakkan [sso]; (pass.) tdk layak: bad eyesight disqualified him for the job, penglihatan yg tdk baik menyebabkan dia tdk layak utk jawatan itu; he was disqualified for military service because he was under age, dia tdk layak memasuki tentera krn umurnya tdk cukup; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eligible | adj fit, qualified for office, function, etc, layak: an employee with less than five years service is not ~ for a housing loan, pekerja yg belum cukup lima tahun tempoh perkhidmatannya tdk layak mendapat pinjaman perumahan; ~ for social welfare payments, layak mendapat bantuan kebajikan masyarakat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
due | ~ for st, layak diberi sst: he is ~ for a promotion, dia layak diberi kenaikan pangkat; give credit where credits ~, memberikan penghargaan pd tempatnya; in ~ course, apabila tiba masanya: the results will be made known in ~ course, keputusan akan diberitahu apabila tiba masanya; with ~ respect, saya menghormati [pendapat sso] tetapi: with ~ respect to my colleague, I feel that the figures quoted are inaccurate, saya menghormati pendapat rakan saya, tetapi saya rasa angka yg diberikan tdk tepat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
airworthy | n layak terbang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ineligibility | n tdk layak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fit1 | adj 1. (suitable, appropriate) sesuai; (competent, worthy) layak: the water is not ~ to drink, air itu tdk sesuai utk diminum; he is ~ for the position, dia sesuai utk jawatan itu; this is not a ~ time to talk about the matter, ini bukan masa yg sesuai utk bercakap ttg perkara itu; do you think he is ~ to teach the Sixth Form?, kamu rasa dia layak utk mengajar Tingkatan Enam?; 2. in good health, sihat; (foll by infin) cukup sihat: he is not ~ at the moment: he cant walk a hundred yards without getting out of breath, dia tdk sihat pd masa ini: berjalan seratus ela pun dia mengah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beneath | prep 1. underneath, di bawah: ~ the layer of snow, di bawah lapisan salji; 2. unworthy of, tdk layak bagi, tdk selayaknya dgn, tdk wajar bagi: such dishonest behaviour would be ~ him, kelakuan yg tdk jujur spt itu tdk layak baginya; 3. too lowly for, terlalu rendah bagi: he felt that the job was ~ him, dia berasa bahawa pekerjaan itu terlalu rendah baginya; 4. lower than in rank etc, di bawah, lebih rendah drpd: a captain is ~ a major, pangkat kapten di bawah pangkat mejar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
age | 3. time of life person is qualified for st, umur: voting ~, umur layak mengundi; retirement ~, umur bersara; 4. stage of life, peringkat umur: middle ~, peringkat separuh umur; 5. later part of life, tua, berumur: to be bent with ~, bongkok krn tua; 6. period in history, geologic time, zaman: the Dark A~s, Zaman Kelam; the Bronze A~, Zaman Perunggu; the Ice A~, Zaman Ais; 7. generation, zaman: traditions handed down through the ~s, tradisi yg diturun-temurunkan dr zaman ke zaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
constitutionally | adv in accordance with the constitution, /menurut, mengikut/ perlembagaan: he was not ~ eligible to fill the position, menurut perlembagaan dia tdk layak mengisi jawatan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
fit for occupation | layak diduduki | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Certificate of Occupation | Sijil Layak Menduduki | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Certificate of Occupation | Sijil Layak Menduduki | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Poll book | senarai pengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Senarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan. |
heats | saringan | Sukan | Lumba Basikal | Acara awal untuk memilih pelumba yang layak bertanding seterusnya. |
qualifying round | pusingan kelayakan | Sukan | Lumba Basikal | Pusingan prapertandingan untuk menentukan pelumba yang layak bertanding seterusnya. |
frequent flyer | pengguna penerbangan kerap | Pelancongan | Tiada | Penumpang yang berdaftar dengan program pengguna kerap dan layak mendapat mata ganjaran setiap kali menggunakan perkhidmatan serta dibenarkan menebus ganjaran tersebut setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. |
democracy | demokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. |
statehood | taraf negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri. |
nationality | kerakyatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
layak | layak. | kedayan | |
layak | 1 sesuai [ssuay]; 2 kenah [knah] | Melanau Dalat | |
hiba | sesuai, layak; 1 padan benar, keadaan, rupa, dll: a lai yen ~ ji bak sawa nou lelaki itu sesuai utk dijadikan suami kamu; 2 berpadan dgn, berpatutan dgn: rega bareng yen ~ jegem mutusiyen harga barang itu sesuai dgn mutunya; 3 setimbal, seimbang, selaras: | Melanau Mukah | |
changkas | segar;segar-bugar,layak;kuat; muda. | Iban | |
salak I | salah; 1 tidak benar, tidak betul: wak uleang ~ jawapan salah; 2 tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: buduoksiyen selaok nulik ~ menyipek bul kakinya terkehel krn salah menendang bola; 3 tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela; 4 perb | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bukakaron Kd | burung garuda (dalam cerita dongeng). | Baginya, Baljit adalah jelmaan roh bukakaron. Dia tidak layak sama sekali mengambil tempat mendiang bapa saudaranya. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garong, *garung* Ib | anyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
layak | [la.ya/] | لايق |
|
Puisi |
---|
|
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.
Lihat selanjutnya... |
|