Kata |
Takrif |
Sumber |
kulit perisai | lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
epidermis | /épidermis/ ist 1 lapisan kulit luar pd haiwan yg kadang-kadang terdiri drpd beberapa lapisan sel. 2 lapisan kulit luar yg tipis pd tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saput | lapisan yg tipis. menyaput menutup atau melitupi sesuatu dgn benda tipis; membubuh saput pd. menyaputi menjadi spt saput pd; menutupi: Kelihatan kabus ~ kawasan perkampungan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saput I | lapisan yg tipis, selaput; menyaput, menyaputi melitupi sesuatu dgn benda-benda yg tipis (embun, awan, selaput, dll): masjid itu pun disaput orang dgn ber-bagai-bagai warna; di tengah tasik itu ada sebuah pulau sentiasa berasap spt disaput embun rupanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulit ari | a. selaput yg tipis pd isi kelapa (beras dll). b. lapisan kulit tipis (pd tubuh manusia). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saput | lapisan yg tipis. | Kamus Pelajar |
epidermis | /épidermis/ ist 1. lapisan kulit luar pd haiwan yg kadang-kadang terdiri drpd beberapa lapisan sel. 2. lapisan kulit luar yg tipis pd tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar |
venir | 1 lapisan kayu atau plastik tipis yg digunakan utk melapisi permukaan sesuatu supaya kelihatan kemas, halus atau cantik. 2 lapisan kayu yg dibuat papan lapis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
venir | (vénir) 1. lapisan kayu atau plastik tipis yg digunakan utk melapisi permukaan sesuatu supaya kelihatan kemas, halus atau cantik;2. lapisan dlm papan lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadur | lapisan logam yg tipis pd logam lain; sepuh. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
deposit feeder | pemakan endapan | Sains Marin | Tiada | Organisma yang mendapat nutrisi dengan memakan lapisan tipis permukaan sedimen. Lapisan tipis ini kaya dengan nutrien kerana mengandungi detritus, bakteria, serpihan bahan organik separa reput dan organisma mikroskopik seperti diatom dan sebagainya. |
goldcoated | salutanemas | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses penyaduran/endapan lapisan tipis emas pada permukaan sampel dengan menggunakan kaedah penyaduran kimia atau penyaduran elektrokimia bagi meningkatkan kadar kekonduksian sampel. Sampel akan diletakkan diatas logam seperti tembaga atau perak sebelum proses penyaduran dilakukan. |
cryo-ultramicrotom | krio ultramikrotom | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk menyediakan lapisan tipis sampel dengan permukaan yang rata dan berkualiti. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia. |
bone bed | lapisan tulang | Geografi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |
bone bed | lapisan tulang | Geologi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |
metal insulator metal junction | sambungan logam penebat logam | Fizik | Nanoteknologi | Struktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku. |
Ekman transport | angkutan Ekman | Sains Marin | Tiada | Pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah terhadap arah tiupan angin permukaan yang disebabkan oleh kesan Coriolis. Arah pergerakan bergantung pada kedudukan di hemisfera bumi. Di hemisfera utara, angkutan berlaku daripada 90 darjah ikut arah jam terhadap arah angin, manakala di hemisfera selatan berlaku pada sudut 90 darjah lawan arah jam. Berdasarkan teori Ekman, aliran permukaan bergerak pada sudut 45 darjah terhadap angin permukaan disebabkan keseimbangan antara dayaoriolis dan seretan angin serta air. Jika lautan dibahagikan kepada lapisan-lapisan tipis, magnitud halaju aliran semakin menyusut berbanding nilai maksimum pada permukaan sehingga akhirnya sifar pada kedalaman tertentu. Arah aliran juga beralih sedikit demi sedikit merentasi setiap lapisan. Fenomena ini dikenali sebagai lingkaran Ekman, dan lapisan air dari bahagian permukaan hingga ke kedalaman yang menyebabkan kesan ini hilang dikenali sebagai lapisan Ekman. Jika semua aliran pada lapisan Ekman diintegrasikan, maka hal ini akan menyebabkan pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah di sebelah kanan angin permukaan di hemisfera utara atau di sebelah kiri di hemisfera selatan. |
oceanic crust | kerak lautan | Sains Marin | Tiada | Lapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen. |
Josephson junction | simpang Josephson | Fizik | Nanoteknologi | Satu lapisan penebat tipis yang memisahkan dua bahan superkonduktor untuk menghasilkan kesan Josephson. Lihat juga kesan Josephson. |
photonic crystal | hablur fotonik | Fizik | Nanoteknologi | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
Kamus Sains.indb inertance. (FIZ) acoustic plane wave (gelombang satah akustik) Gelombang satah bagi gelombang akustik. (FIZ) acoustic radar (radar akustik) Radar yang digunakan dalam teknik pengukuran menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan atmosfera lapisan bawah dan mengukur halaju angin dan kelembapan. (FIZ) acoustic ratio (nisbah akustik) Nisbah antara keamatan bunyi dari sesuatu sumber dengan keamatan bunyi daripada talun bunyi dalam ruang tertutup. (FIZ) acoustic nyahcas awan ke bumi. Dalam nyahcas udara, saluran kilat pelbagai ca- bang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke bumi tetapi hanya berjaya meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Nyah - cas udara sering terjadi di kawasan separa gersang kerana dasar awan bi- asanya tinggi dan keadaan permukaan yang menghasilkan arus nyahcas titik yang kuat. Arus ini mengembangkan cas
|
|
|