Kata |
Takrif |
Sumber |
batu loh | sj batu yg terbentuk drpd tanah liat dan mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis, syal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loh II | ; batu ~ sj batu yg terbentuk drpd tanah liat dan mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis, syal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput | lapisan nipis tisu (pd benda-benda hidup) yg menyaluti sesuatu; ~ dara selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks); ~ jantung selaput yg membalut jantung; ~ mata selaput pembungkus biji mata; berselaput ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut) dgn sesuatu: muka-nya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular; menyelaputi menyelubungi, melitupi, mem-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; menyelaputkan memberi bersalut (berlapis) dgn, menyalutkan, menyelubungkan; selaputan benda yg menyelaputi (menyelubungi) sesuatu: matanya masih lagi ber-balam kerana ~ air matanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulit kuih | lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imprimatura | (S.Lukis) warna nipis sbg lapisan pertama pd latar lukisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadur | lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya; bersadur bersalut atau berlapis (logam); menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; penyaduran perbuatan menyadur; penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulipis | lapisan atau selaput nipis yg membaluti, melapisi atau menyekat bahagian-bahagian dlm tubuh binatang atau tumbuhan, membran: ~ nukleus; ~ sel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepuh I | 1. campuran (drpd tawas, sendawa, garam, dll) utk menuakan warna emas; 2. lapisan logam (yg nipis) pd logam yg lain, sadur: ~ emas; 3. cara mengeraskan besi (pisau, cangkul, dll) dgn membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk pewarna (pencelup) kuih; hilang ~ tampak senam prb ketahuan kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya); 5. bahan yg disapukan pd seramik dll utk menjadikannya licin dan berkilat; bersepuh berlapis atau bersadur dgn: di kepalanya ada bunga sanggul drpd perak ~ emas; menyepuh 1. menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm cairan tertentu (spt campuran sendawa, tawas, garam, dll); 2. melapiskan sesuatu logam dgn logam yg lain, menyadur; 3. mengeraskan besi dll dgn membakar dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk mewarnai kuih (dgn pen-celup); spt emas baharu disepuh prb peri keelokan seseorang perempuan; tersepuh sudah disepuh atau disadur: maka turun dewa dr keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih spt perak yg sudah ~; spt emas yg sudah ~ prb paras yg elok; sepuhan sesuatu yg telah disepuh, saduran; penyepuh air dll utk mencelupkan barang yg hendak disepuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulit I | 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlindung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuningkuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berketurunan Eropah; ~ renang kulit yg menghubungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulitnya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (buku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membran | (mémbran) (Bio) selaput nipis yg berliang (sama ada semula jadi atau tiruan); ~ mukus lapisan tisu yg mengandungi kelenjar mukus, yg melapik saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis rahim dan salur makanan, mukosa; bermembran mempunyai membran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
skin | 5. container for holding liquid, bekas kulit: in Africa water is often carried in ~s, di Afrika, air selalunya dibawa dlm bekas kulit; 6. outer layer of plane, wall, etc, lapisan: the thin aluminium ~ of an aeroplane, lapisan nipis aluminium pd kapal terbang itu; the walls are of brick with an outer ~ of marble, dindingnya dibuat drpd bata dgn lapisan luarnya drpd marmar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
crust | n 1. hard outer layer of bread, /kulit, kerak/ (roti); 2. hard, dry bread, roti keras; 3. hard, baked surface of pie, kulit; 4. (geol) kerak: the earths ~, kerak bumi; 5. any hard outer covering, lapisan (yg keras): a thin ~ of frozen snow, lapisan nipis salji beku; 6. scab, kuping, keruping; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
overlay | n 1. lapisan: a wooden surface with a thin ~ of gold, permukaan kayu yg mempunyai lapisan emas yg nipis; 2. (fig.) disertai: a tragic play with an ~ of humour, drama tragik yg disertai jenaka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Pemiawaian | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis. |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultraungu atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. |
thin layer chromatography | kromatografi lapisan nipis | Farmasi | Tiada | Kaedah kromatografi bahan larut berdasarkan perbezaan migrasi atau pergerakannya di atas zat terjerap pada lapisan nipis di atas kaca, plastik, atau lapisan nipis yang lain. |
film | filem | Perubatan | Tiada | 1. Lapisan nipis. 2. Lapisan nipis bahan yang peka terhadap cahaya dan digunakan dalam fotografi dan radiografi. |
centrifugal thin layer chromatography) | kromatografi lapisan nipis emparan | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang diubah suai daripada kromatografi lapisan tipis. Kaedah ini berasaskan gerakan eluen yang didorong oleh daya emparan di samping tindakan kapilari. Kromatografi lapisan nipis emparan menggunakan sekeping lapisan nipis yang disokong oleh kepingan kaca bulat. Kepingan tersebut diletakkan pada rotor dan diputarkan untuk menghasilkan daya emparan. Sampel diaplikasikan pada bahagian tengah kepingan kaca dan pelarut dilalukan dengan menggunakan pam atau graviti. Sebatian terpisah dalam bentuk jalur bulat boleh dikumpul melalui lelehan keluar alat tersebut. |
bioautography | bioautografi | Herba | Fitokimia | Kaedah untuk mengesan dengan tepat juzuk aktif secara terus berasaskan kromatografi lapisan nipis. Kromatografi lapisan nipis dilakukan terlebih dahulu ke atas sampel yang hendak dikaji. Kromatogram yang terhasil dirawat secara khusus bagi memperlihatkan bintik-bintik yang menunjukkan terdapatnya aktiviti biologi yang sedang diuji. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penentuan komponen antikulat dalam sesuatu ekstrak tumbuhan melalui rawatan khusus yang melibatkan penyemburan kromatogram dengan kulat seperti Cladosporium cucumerinum. Juzuk yang aktif akan timbul sebagai bintik yang jelas pada latar belakang spora kulat yang berwarna gelap. |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Tiada | Kaedah pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada pepejal yang disebarkan dalam bentuk lapisan nipis pada plat penyokong yang dibuat daripada kaca, logam atau plastik. Fasa geraknya terdiri daripada campuran pelarut organik, bahan kimia dan bahan akueus. TLC digunakan dalam analisis kawalan kualiti kebanyakan bahan herba. Dalam analisis ini, larutan sampel herba biasanya dititiskan dalam bentuk tompok atau jalur pada satu hujung plat (garis dasar) dengan mikropipet. Plat tersebut dibangunkan dalam balang pembangunan yang tepu dengan fasa gerak. Bahan kimia dalam sampel akan terpisah dalam bentuk jalur dan menghasilkan profil kromatogram pada plat. Jalur terpisah ini dikesan sama ada di bawah cahaya nampak, sinaran ultralembayung atau selepas dirawat dengan reagen pewarna tertentu. Jenis warna, intensiti warna dan nilai faktor penahanan (Rf) bagi setiap jalur terpisah ditentukan. Nilai Rf dihitung daripada ungkapan a/b iaitu a ialah jarak yang dilalui oleh jalur te |
planar chromatography | kromatografi planar | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis, terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Contohnya, kromatografi lapisan nipis dan kromatografi emparan. |
spray reagent | bahan uji semburan | Herba | Fitokimia | Bahan uji yang digunakan dalam analisis kromatografi lapisan nipis untuk mengesahkan kehadiran sesuatu sebatian secara semburan. Ekstrak atau pecahan sesuatu tumbuhan dibuat profil kromatografi lapisan nipisnya dengan menggunakan pelarut yang sesuai. Bahan uji ini disemburkan kepada kromatografi lapisan nipis yang telah dibuat profilnya dan diperhatikan perubahan warna yang berlaku. Terdapat kromatografi lapisan nipis yang perlu dipanaskan sesudah semburan untuk melihat sebarang perubahan warna. Contoh bahan uji semburan ialah bahan uji Dragendorff untuk mengesan kehadiran alkaloid dan ferik klorida untuk mengesan kehadiran sebatian fenolik (tidak perlu dipanaskan), dan bahan uji Bontrager untuk mengesan kehadiran sebatian kumarin dan antrakuinon (perlu dipanaskan sehingga berlaku perubahan warna). |
edible food packaging | pembungkusan boleh makan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pembungkus makanan yang diperbuat daripada bahan yang boleh dimakan. Pembungkus jenis ini berbentuk lapisan nipis ataupun kulit yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain itu, lapisan nipis ini juga boleh diperbuat daripada kacang hazel, kacang tanah dan kelapa seperti pembuatan pembungkus aiskrim. |
Kamus Sains.indb inertance. (FIZ) acoustic plane wave (gelombang satah akustik) Gelombang satah bagi gelombang akustik. (FIZ) acoustic radar (radar akustik) Radar yang digunakan dalam teknik pengukuran menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan atmosfera lapisan bawah dan mengukur halaju angin dan kelembapan. (FIZ) acoustic ratio (nisbah akustik) Nisbah antara keamatan bunyi dari sesuatu sumber dengan keamatan bunyi daripada talun bunyi dalam ruang tertutup. (FIZ) acoustic nyahcas awan ke bumi. Dalam nyahcas udara, saluran kilat pelbagai ca- bang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke bumi tetapi hanya berjaya meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Nyah - cas udara sering terjadi di kawasan separa gersang kerana dasar awan bi- asanya tinggi dan keadaan permukaan yang menghasilkan arus nyahcas titik yang kuat. Arus ini mengembangkan cas
|
Kamus Thai 2.indb pakaian berwarna merah jambu. ธารา [ta:ra:] ดู ธาร ธำมรงค ์ [tammaro] ดู แหวน ธำรง [tamro] ก 1 menegakkan: ศาล ธำรงไว ้ ซึ่ งความเป็นธรรมสำหรับคนทุกชนชั้ น Mahkamah menegakkan keadilan untuk setiap lapisan manusia. 2 memelihara: ธำรงไว้ซึ่ งความศักดิ์ สิทธิ์ ของกฎหมาย memeli- hara kedaulatan undang-undang ธิดา [tida:] น puteri ธุระ [tu ra] น urusan: อย ่ าถือว ่ า ธุระไม ่ ใช ่ ว sesetengah: บางคนไม ่ ชอบ กินทุเรียน Sesetengah orang tidak suka makan durian. บางครั้ ง [-kra] ว kadangkala, kadang- kadang บางที [-ti:] ดู บางครั ้ ง บาง 3 [ba:] ว nipis: ข ้ าวเกรียบนี้ บางและกรอบ Keropok ini nipis dan rangup. บ ่ าง [ba:] น tupai terbang บ ้ าง [ba:] ส 1 ada yang: บ ้ างก็เดินบ ้
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
|