Kata |
Takrif |
Sumber |
huma | 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya); berhuma 1. mempunyai huma; 2. mengerjakan huma, bercucuk tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll; memperhumai mengerjakan tanah utk dibuat huma: mereka ~ tanah di bukit itu; perhumaan 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhuma | 1. mempunyai huma; 2. mengerjakan huma, bercucuk tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huma | tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru ditebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1 tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2 perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huma | tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru ditebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2. perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. | Kamus Pelajar |
perhumaan | 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhuma | menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhuma | menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. | Kamus Pelajar |
ladang | 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan membuka tanah utk membuat ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan ladang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaga | Jw huma, ladang padi: padi ~ padi huma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perhumaan | 1 tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2 perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
omuh | huma, ladang padi (di tanah kering), tanah yang baru dibuka (ditebas hutannya). | biomuh | berhuma, mengerjakan huma. | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
tiboi | bekas tapak huma/sawah yang sudah ditumbuhi rumput atau belukar: | ngiboi | mengusahakan semula bekas tapak huma/sawah. | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
jami` | kawasan bekas huma tahun ini | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
jekau | kawasan tanah bekas huma tahun sebelumnya | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
jungkar | pelantar terbuka di dangau huma yang dijadikan tempat jemuran | - | - | - | - | - | Binaan Bangunan dan Idea Berasosiasi | Memaloh |
damun | bekas tapak sawah atau huma yang sudah terbiar lama dan sudah ditumbuhi hutan dan pokok-pokok tua | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
ulun | kepala | mengulun | menghala bahagian atas (bkn dgn huma) ke sesuatu arah | ~ akar | - | kepala tangga | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
gkan sambil pelalakau sa uma | makan sambil berjalan di kawasan huma dipercayai semua tanaman akan diserang oleh | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Iranun |
ongan | unit ukuran untuk tanah (biasanya mengikut saiz tapak sawah atau huma), | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
jungkok | tambok panjang dan besar yang digunakan untuk membawa padi dari huma ke rumah | bi jungkok | memiliki tambok besar dan panjang | jungkok amas | - | tambok besar emas | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
huma | uma [uma] | Melanau Dalat | |
lahit | huma | TETAW | |
uma | huma; ~ payak sawah | Melanau Mukah | |
temudak | kawasan dlm hutan bekas huma, cerang. | Melanau Mukah | |
laweng, laweng-laweng , lawa-laweng | terbentang luas: uma padai wak ~ huma padi yg terbentang luas. | Melanau Mukah | |
katab, katab-katab, kata-katab | luas: uma padaisiyen taun itou ~ lalu huma padinya tahun ini sangat luas. | Melanau Mukah | |
seraun | tunas pd tumbuhan, taruk: ~ lubeang uma guwun wak nda sileg taruk dlm huma hutan yg belum ditunu; | Melanau Mukah | |
panyet | orang-orang; kaau itou sama ji ~ lubeang uma ki kamu ini spt orang-orang dlm huma. | Melanau Mukah | |
apui | api; 1 nyalaan drpd sst yg dibakar atau terbakar: ~ a suleg uma api orang menunu huma; 2 haba yg digunakan utk memasak: suok kelali bau ~ letakkan kuali di atas api; 3 kebakaran: ~ ! ~ ! tuluong tibah bomba api! api! tolong panggil bomba; 4 elektrik: bil | Melanau Mukah | |
meteb | runtuh, roboh; 1 jatuh krn rosak dll, bangunan, terban: lepau uma ~ nulik kayou diyisiyen ngak memuok pondok huma roboh krn kayu tiangnya bangsai; 2 gelongsor atau lungsur: tanah ~ kuman dawek bukit peser baai mapun alun-alun nyat tanah runtuh dari lereng | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
nyengok, *jenguk* Ib | petanda yang ditunjukkan oleh binatang seperti rusa, pelanduk atau kijang yang kelihatan dari jauh, lazimnya di kawasan huma. | Burung yang disebut nyengok, apabila dilihat, membawa alamat yang tidak baik. Kalau kita nampak burung seperti ini kita mesti minta orang yang boleh makai burung menjauhkan huma dan orang yang mempunyai huma itu dari segala malapetaka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temuda Ib | kawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan. | Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pulau Ib | kawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sampok, *sampuk* Ib | anai-anai. | Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selampandai Ib | sejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir. | Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nawang Ib | perihal tanaman padi yang tidak menjadi kerana terlepas musim menanam. | Kalau kami kelihatan kira-kira waktu subuh, awak mesti membuat kerja huma atau manggul. Kalau kami sudah berada di tepi atau di bingkai langit, awak mesti menugal. Kalau kami sudah melimpasi bingkai langit, bererti padi tidak akan tumbuh di huma itu atau nawang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumo Kd | huma. | Tawiu, petang nanti kauikut Si Odu ke tumo, kata Ulintag. | Hidayah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tagad Kd, Tb | huma. | Tempat ini, fikirnya sambil mengerakkan kaki sejak wujud pada siang hari menjadi tempat yang setia aku kunjungi. Dia melangkah. Banyak daripada waktuku habis di sini. Lebih banyak daripada kunjunganku ke tagad. | Songgorib | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rimbak Ib, MSr | hutan yang ditebang untuk dijadikan huma. | Kau tahu Rentap? Sudah bertahun-tahun kita hidup begini. Sudah puluhan ekar tanah kita rimbak, kini kau nak hapuskan adat kita. Kita tak pernah pun mati tak makan. Begitu lancang Kibong menyuarakan sanggahannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ulun I MSb | orang suruhan, hamba (bahasa halus). | Huma dan sawah mereka luas. Ramai ulun mereka ulun inilah menjadi tenaga kerja kepada orang-orang kaya itu, sebab itu mereka tidak lapar. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
huma | [hu.ma] | هوما |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
Dungan | | Tengah huma | Dungan ni parai darag. | Tengah huma ditanam padi merah. | Budaya | Bajau |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke huma mencari capa, Capa ada di pokok inai; Sudah lama tidak berjumpa, Rasa abang macam tak kenal.
Lihat selanjutnya... |
|