Kata |
Takrif |
Sumber |
pandai | 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pandai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bijak | selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bijak | selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru. | Kamus Pelajar |
bijak (cerdik) pandai | a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bijak bestari | benar-benar bijak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bijak | 1. (sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2. pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~; ~ bestari benar-benar bijak; golongan ~ pandai cendekiawan; kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu | 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. | Kamus Pelajar |
tahu-tahu | 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. | Kamus Pelajar |
tahu-tahu | 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
epigram | (épigram) 1. puisi (sajak) yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir; 2. ungkapan atau perkataan yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
advisable | adj bijak, lebih /baik, elok/; (attrib) bijak: such a course of action would not be ~, tindakan sedemikian tdk bijak; he considered it ~ to keep the matter secret, dia menganggap lebih baik perkara itu dirahsiakan sahaja; an ~ decision, keputusan yg bijak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ingenious | adj a. (of person, mind) clever and resourceful (at inventing things) bijak, pintar: an ~ fellow, lelaki yg bijak; he has an ~ mind, otaknya pintar; b. cleverly contrived, invented or done, bijak; (of gadget, gimmick, toy, etc) approp v + dgn bijak: his answer was certainly ~, jawapannya memang bijak; an ~ idea, gagasan yg bijak; an ~ invention, rekaan yg bijak; it is an ~ device for tapping rubber, alat utk menoreh getah yg dicipta dgn bijak; an ~ advertisement, iklan yg dipersembahkan dgn bijak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brain | have a good ~, cerdik, bijak, pintar; have (got) ~s, cerdik, bijak; have not much ~, tdk berapa /cerdik, bijak/; have /so., st/ on the ~, asyik berfikir ttg /sso, sst/; (song, tune, etc ), /terngiang(-ngiang), mengiang/ di kepalanya: he has money on the ~, dia asyik berfikir ttg wang; have the ~s /for st, to do st/, cukup pandai utk /sst, membuat sst/: does he have the ~s for the job?, adakah dia cukup pandai utk membuat kerja itu?; the ~s, a. mastermind, dalang: she was the ~s behind the robbery, dialah dalang perompakan itu; b. cleverest person in a group, orang yg paling /cerdik, bijak/; c. one who plans and organizes an undertaking, (orang yg) /merancang, merencanakan/: who was the ~s behind the dinner party?, siapakah yg merancang majlis makan malam itu?; the best ~s, cendekiawan, cerdik pandai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
judicious | adj (fml) bijak: a ~ investment, pelaburan yg bijak; a ~ choice, pilihan yg bijak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
injudicious | adj kurang bijak: an ~ remark, kata-kata yg kurang bijak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
astute | adj (of person) pintar, panjang akal, tajam akal; (of action) bijak: an ~ businessman, seorang peniaga yg pintar; an ~ move, suatu langkah yg bijak; ~ management of the business led to higher profits, pengurusan perniagaan yg bijak menghasilkan keuntungan yg lebih tinggi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inadvisable | adv tdk bijak: it would be ~ to defy your superior, tdk bijak melawan pegawai atasan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ill-judged | adj unwise, tdk bijak: his intervention was ~, tdk bijak dia campur tangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ill-advised | adj tdk bijak: he would be ~ to refuse the offer, tdk bijak dia menolak tawaran itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
imprudent | adj kurang bijak: it was ~ of you to buy the car without testing it, sungguh kurang bijak kamu membeli kereta tanpa mengujinya terlebih dahulu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Kenyataan yang bijak, lucu serta berunsur sindiran sebagai respons terhadap sesuatu situasi. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak, kecindan, berkias dan menyindir. |
sapiosexual | sapioseksual | Sosiologi | Tiada | Individu yang tertarik secara seksual atau romantik terhadap orang yang bijak. |
detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Naib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim. |
meritocracy | meritokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemilihan calon yang berasaskan kepada kebolehan seseorang dan menolak faktor-faktor lain seperti kaum, bahasa, warna kulit, keturunan keluarga atau pilih kasih. Melalui sistem ini, kenaikan seseorang dalam hierarki dan pangkat bersandar kepada keupayaan yang ditunjukkan. Pemimpin dalam sistem ini dipilih melalui sifat kepimpinan yang bijak, cemerlang dan diterima masyarakat. Contohnya, 'philosopher king' iaitu kumpulan pemimpin yang dicadang oleh Plato, jelas berasaskan meritokrasi. |
biographical criticism | kritikan biografi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 712. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
matanda' | pandai, bijak, cerdas,tangkas | - | - | - | - | - | - | Murut |
otok | otak | biotok | mempunyai otak, bijak | doie ~ | - | bodoh | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
kadat | bahagian tengah dahi | - | - | kadat mapila' | bijak | - | - | Bisaya Sabah |
beneng | dahi | - | - | beneng a maulad | orang yang bijak | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
timpoluru | bahagian pusaran rambut di atas kepala; pusar kepala | - | - | timpoluru duo | petanda bagi kanak-kanak yang dianggap bijak atau mempunyai kelebihan | - | - | Bisaya Sabah |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bijak | piter [pitr] | Melanau Dalat | |
bijak | bijaksana bijaksanak, pandai. | kedayan | |
bijak | pandai, pinta. | kedayan | |
tukeng | bijak | TETAW | |
bijek | bijak. | Melanau Mukah | |
jajem | tajam, bijak, pintar, cerdik. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb ابيز )zeytūn( نوتيز )zīr( ريز )zīrā( اريز )zīrak( کريز )zīre( هريز )zīn( نيز )zīvar( رويز hidup awal kuasa, daya banyak penziarahan ke tempat suci, ziarah cantik, elok zaitun bawah kerana bijak jintan putih pelana hiasan to live early force, power many pilgrimage, visiting beautiful, nice olive below, under because clever cumin, caraway saddle ornament رويز ندرک ىگدنز Kamus Parsi.indb 79
|
Kamus Sains.indb 1. Bahasa pengaturcaraan yang mempunyai kemampuan untuk belajar dari- pada keadaan penggunaan atau pengguna. 2. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta dengan banyak ciri yang baik supaya dapat digunakan dengan bijak oleh pengatur cara. (KOM) intensity level (aras keamatan) Aras yang dinyatakan sebagai logaritma nisbah dua keamatan, disebut dalam desibel. (FIZ) insulinoma intensity level Kamus Sains.indb 414 7/8/08
|
Kamus Thai 2.indb serambi เฉลียงภาพ [-pa:p] น galeri เฉลียว [cali aw] ก menyangka: ใครจะ ไปเฉลียวใจว ่ าจะเกิดอุบ ั ติเหตุขึ้ น Siapa yang menyangka kejadian ini akan berlaku. เฉลียวฉลาด [-cala:t] ว bijak, cerdik: เขาเป็นคนที่ เฉลียวฉลาด Dia seorang yang cerdik. เฉอะแฉะ [ccε] ว berselut, ber- lumpur: ทางเฉอะแฉะหล ั งฝนตก Jalan itu berselut selepas hujan. เฉา [cau] ว layu: ต ้ นไม ้ เฉาเพราะฝนไม 2 (เด็ก) keletah ช ่ างฝัน [-fan] ว suka berkhayal ช ้ าง [ca:] น gajah ชาญ [ca:n] ดู ชำนาญ ชาญฉลาด [-cala:t] ว pintar ชาญชัย [-cai] ว bijak dan berani ชาด [ca:t] ว merah ชาดก [ca:dok] น kisah penjelmaan Buddha, cadok ชาตรี [ca:tri:] น pahlawan, kesateria ชาติ [ca:t] น 1 negara: อาเซียนประกอบด ้ วย
|
Kamus Thai 2.indb ว palsu, tiruan เก ๋ [ke:] ว cantik เก็ง [ke] ก meramalkan: น ั กศึกษากำล ั ง เก็งข ้ อสอบ Pelajar sedang meramalkan soalan peperiksaan. เก ่ ง [ke] ว bijak, pandai เก ้ ง [ke:] น kijang เก ้ งก ้ าง [ke:ka:] ว kekok เกณฑ ์ 1 [ke:n] น penanda aras: มหาวิทยาล ั ย กำหนดเกณฑ |
Kamus Thai 2.indb ่ พอที่ จะซื้ อรถคันใหม ่ Wang saya belum cukup untuk membeli kereta baharu. พอๆกัน [-pkan] ว sama: ทั้ งสอง คนนั้ นเก ่ งพอ ๆ กัน Kedua-dua orang itu sama bijak. พล่าน พอ Kamus Thai 2.indb 264 4/15/2008 11:09:42 AM พ 265 พอควร [-kuan] ดู พอสมควร พอใจ [-cai] ก berpuas hati: ทักษิณพอใจ กับความสำเร็จของลูก Thaksin berpuas hati
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bijak | [bi.ja/] | بيجق |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
bijak | clever | زيرک | zīrak |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak |
|
Puisi |
---|
|
Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai.
Lihat selanjutnya... |
|