Kata |
Takrif |
Sumber |
tepat | 1 lurus arahnya atau lurus tujuannya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti ditepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila dicampurkan berjumlah 90 darjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tentang | 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6. menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentang | 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. bertentangan 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); berlawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan berlawanan; memperlagakan; mempertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; perlawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul berhadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betul-betul | tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betul-betul | 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betul-betul | tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. | Kamus Pelajar |
setentang | betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebati | betul-betul bergaul (meresap dsb); sangat mesra: Kacau adunan itu hingga ~. bersebati bergaul (bercampur) hingga menjadi sebati; berpadu. menyebatikan menjadikan sebati. sebatian bahan yg terdiri drpd dua unsur atau lebih yg berpadu secara kimia. persebatian hal atau keadaan bersebati: ~ ini berlaku apabila ada tenaga. penyebatian proses atau perbuatan menyebatikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yakin | betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebati | betul-betul bergaul (meresap dsb); sangat mesra: Kacau adunan itu hingga ~. bersebati bergaul (bercampur) hingga menjadi sebati; berpadu. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
damned | adj 1. doomed to hell, dilaknat Tuhan, terlaknat, terkutuk; 2. utter, betul, betul-betul: ~ fool, bodoh betul or betul-betul bodoh; ~ nonsense, betul-betul karut; 3. detestable, dahsyat: this ~ job, kerja yg dahsyat ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
damned | adv (colloq) betul-betul, betul: shes ~ difficult to get along with, sukar betul utk bergaul mesra dengannya; ~ funny, lucu betul. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
downright | adv betul-betul, benar-benar: he is ~ scared, dia betul-betul takut; ~ dishonest, betul-betul tdk jujur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arrant | adj betul-betul, benar-benar: he is an ~ rogue, dia betul-betul bangsat; ~ nonsense, betul-betul karut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bang1 | adv (colloq) exactly, betul-betul: ~ in the middle of the road, betul-betul di tengah jalan; ~ on time, betul-betul pd waktunya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frighten | ~ to; ~ so. to death, (act.) membuat sso betul-betul takut; (pass.) betul-betul takut: the explosion ~ed me to death, letupan itu membuat saya betul-betul takut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exact | at this ~ /spot, place/, betul-betul di sini; 2. correct in every detail, benar-benar, betul-betul: it is the ~ replica of the original statue, patung itu ialah betul-betul replika patung yg asal; she is the ~ opposite of her twin, dia benar-benar berlainan drpd kembarnya; 3. meticulous, persis, jitu: this job requires a very ~ person, kerja ini memerlukan orang yg persis; 4. (of science) jitu: physics is an ~ science, fizik ialah sains jitu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clear | do I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: Ive got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now lets get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari faham?; make it ~, approp v + dgn jelas: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
core | to the ~, a. through and through, betul-betul; (ref to nationality etc) totok: he is rotten to the ~, dia betul-betul busuk hati; a socialist to the ~, betul-betul sosialis; an Englishman to the ~, orang Inggeris totok; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
egregious | adj (fml) flagrant, outstandingly bad, betul-betul; (of lie, mistake) besar: once again he displayed his ~ incompetence, sekali lagi dia menunjukkan bahawa dia betul-betul tdk cekap; Peter is an ~ ass, Peter betul-betul bodoh; Chamberlains most ~ mistake was to underrate Hitlers ambition, kesilapan Chamberlain yg paling besar ialah memperkecil cita-cita Hitler; his claim to have the Presidents ear is nothing but an ~ lie, dakwaannya bahawa Presiden mendengar cakapnya ialah bohong besar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
counterfeit product | produk palsu | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang ditiru dan disalah label dengan sengaja dari segi aspek identiti dan/atau sumbernya. Produk palsu termasuk produk yang mengandungi bahan betul atau bahan salah, mengandungi kuantiti bahan aktif yang tidak betul, tanpa mengandungi bahan aktif, atau mempunyai pembungkusan palsu. |
orthography | ortografi | Kesusasteraan | Tiada | Sistem ejaan sesuatu bahasa yang betul dan standard. Sistem ejaan bahasa Melayu amat diperlukan dalam kajian filologi terutamanya yang melibatkan naskhah Melayu lama. |
aggramatical | tak bertatabahasa | Sains Kesihatan | Tiada | Ayat yang tidak mengikut tatabahasa yang betul. |
truthful presentation | persembahan jujur | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia. |
moral compass | kompas moral | Umum | Tiada | Kemampuan atau keupayaan untuk menilai perbuatan yang betul dan salah serta berkelakuan dengan cara yang sesuai. |
self-monitoring | swapantau | Sains Kesihatan | Tiada | Perbuatan melakukan pemerhatian sendiri untuk menilai sesuatu sama ada betul atau salah. |
forced-choice assessment | pentaksiran pilihan jawapan | Pendidikan | Tiada | Pendekatan pentaksiran yang meminta pelajar memilih jawapan betul daripada pilihan jawapan yang disediakan. Keputusan ujian dibuat dengan membandingkan tindak balas pelajar terhadap kunci jawapan. |
imposition | imposisi | - | Tiada | Proses menetapkan halaman pada kertas cetak supaya hasil lipatan mengikut urutan halaman yang betul. |
visual distractor | ganggunan visual | Sains Kesihatan | Tiada | Suatu pilihan salah yang kelihatan hampir serupa dengan pilihan yang betul. |
semantic distractor | ganggunan semantik | Sains Kesihatan | Tiada | Sesuatu pilihan yang salah yang mempunyai hubungan makna dengan pilihan yang betul. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
banar | betul; sangat | - | - | - | - | - | Ilmu Bahasa | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
kidi'-kidi' | tidak berjalan betul atau sepatutnya | - | - | - | - | - | - | Bajau |
buta | buta | muta | membutakan | ~ biraap | - | (buta gelap) buta betul | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tigah II | betul; 1 benar, tidak salah: mekalik ~ telabausiyen iyen barangkali betul katanya itu; 2 tepat, langsung: buak iyen pahak ~ bau buta kejaa buah itu jatuh betul-betul di atas belakang kura-kura; 3 sungguh, sangat: ~lah aneak itou gila betullah anak itu gil | Melanau Mukah | |
nah | nah; 1 kata utk menyudahi percakapan orang lain atau utk menukar perhatian, sudahlah: ~ subak pikir tuu nah cuba fikir betul-betul; 2 kata utk mempelawa sso menerima sst, ambilah, terimalah: ~ itou ji gak nou nah ini utk kamu; 3 kata utk menyatakan perset | Melanau Mukah | |
padu I | 1 rupanya: ~ kaau ji menikau buak kou kepaut yen angai rupanya awak mencuri buah saya selama ini; 2 kiranya, sebenarnya, sebaliknya, sebetulnya: sakak kou siyen tuu-tuu pedeh ~ mengedohlah ji saya sangka dia betul-betul sakit rupanya ganal-ganal saja. | Melanau Mukah | |
betul | betul; | Melanau Mukah | |
betul | ateng [at] | Melanau Dalat | |
betul | kebetulan kabatulan. | kedayan | |
betul | sebetulnya sabananyak; | kedayan | |
betul | bana; | kedayan | |
ana | betul; 1 benar: pikir kou ~ telabau nou yen tunéh fikir saya betul kata-kata kamu itu tadi; 2 jati, tulen: juwuk anyi wak ~ madu lebah yg jati. | Melanau Mukah | |
tetahay | betul | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelam Ib | sejenis manik. | Amboi, cantik betul kelam tembaga ini! Sungguh cantik tempat ini, kata Manang Engkejuang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
olo MSr | judi. | Ini yang celaka, yang tidak betul dan tidak kena. Kalau orang mahu berjudi, main olo, suka hatilah. Wang mereka sendiri yang punya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengiwan, *pongiwan* Mr Ps | mertua. | Menurut... ya... em... menurut di Inaran dia hampir sama dengan Murut di Nabawan. Menurut ya... khasnya pengiwan... kalu Murut di Pensiangan... eh... lain dia berlainan dia betul punya bahasa. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb ىردپ( ّ دج )jeddan( ًا ّ دج )jadde, mādar bozorg( گرزب ردام ،ه ّ دج tempat lorong penyapu menyapu menarik minat pakaian ganti, pengganti menggantikan hadiah kedudukan ganti, pengganti datuk betul-betul, sebenarnya nenek place path broom to sweep interesting garment substitute to substitute, to replace prize position substitute grandfather really grandmother ج Kamus Parsi.indb 45 5/18/11 9:02
|
Kamus Sains.indb Tompokan cahaya yang terhasil di atas sebuah layar oleh sinar cahaya daripada punca titik dan diserak atau dibias melalui suatu sistem optik, sekiranya layar tersebut tidak berada pada fokus yang betul atau sistem tersebut mengalami aberasi. (FIZ) BNF (BNF) Singkatan bagi Backus-normal form dan Backus-Naur form. Lihat Backus- Naur form. (KOM) board (bod) Kepingan atau panel segi empat sama indb 382 7/8/08 11:49:25 AM 383 homeotic gene (gen homeotik) Gen yang mengawal perkembangan embrio. Gen ini berfungsi dalam menen- tukan bilangan dan kedudukan segmen dengan betul semasa perkembangan embrio. (BIO) homocellular ray (ruji homosel) Ruji dalam kayu konifer yang keseluruhan tisu rujinya terdiri daripada sel ruji parenkima. (HUT) homogeneous fluid (bendalir homogen) Bendalir yang mempunyai sifat
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd PM 31 domain keselamatan dongel Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penggantian terhadap puncak amplitud suara. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul. domain keselamatan (Ig. security domain; Br. domain keselamatan; Id. ranah sekuritas) Objek atau aplikasi yang boleh dicapai oleh seseorang pengguna atau suatu proses dengan had aras keselamatan yang dimilikinya. Contohnya Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap gelombang suara dalam segmen masa yang tertentu. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan segmen masa yang betul. dongel (Ig. dongle; Br. dongel; Id. dongel) Alat elektronik yang dipasang pada port penyambung komputer seperti port bersiri, selari atau USB yang mengandungi, nombor siri, kekunci dan sebahagian atau keseluruhan
|
Kamus Thai 2.indb พระสังข ์ ร ่ ายมนตร ์ เรียกปลา Pra Sang men- jampi untuk memanggil ikan. ร ้ าย [ra:i] ว jahat ร ้ ายกาจ [-ka:t] ว sangat jahat, jahat betul, jahat sekali ร ้ ายแรง [-rε:] ดู รุนแรง ราว 1 [ra:w] น palang ราวบันได [-bandai] น susur tangga, langkan ราวตากผ ้ า [-ta:kpa:] น ampaian, pe- nyidai harta. สมบุกสมบัน [sombuksomban] ว tahan lasak: รถจักรยานยนต ์ คันนี้ สมบุกสมบันมาก สภาพ สมบุกสมบัน Kamus Thai 2.indb 361 4/15/2008 11:12:38 AM ส 362 Motosikal ini tahan lasak betul. สมบูรณ ์ [sombu:n] ว sempurna: มนุษย ์ ไม ่ ได ้ สมบูรณ ์ ในทุกเรื่ อง Manusia memang tidak sempurna dalam semua hal. สมบูรณาญาสิทธิราชย ์ [sombu:ra- na:ya:sittira
|
Kamus Thai 2.indb caksu] น mata จักษุแพทย์ [-pε:t] น doktor mata: ปัจจุบันเขาเป็นจักษุแพทย ์ แล ้ ว Sekarang dia sudah menjadi doktor mata. จักษุวิทยา [-wi ttaya:] น oftalmologi จัง [ca] ว 1 betul, benar, sangat, amat, sungguh: เขากล ้ าหาญจัง Dia berani betul. 2 (ความผิด) besar, berat, serius: เขาทำผิด อย ่ างจัง Dia melakukan kesalahan be sar. 3 (ตี โจมตี) kuat: ไทสันปล ่ อยหมัดออกไป อย ่ างจัง Tyson melepaskan tumbukan yang kuat. 4 |
Kamus Thai 2.indb graduan tahun ini menjangkau lima ribu orang. บัดนี้ [batni:] ว kini บัดกรี [batkri:] ก memateri: คนงานนั้ น กำลังบัดกรีกระบะน ้ ำยาง Pekerja itu sedang memateri takung susu getah. บัดซบ [batsop]ว betul, sungguh, amat, sangat: คำพูดของเขาแสดงให ้ เห็นว ่ าเขาเป็นคน โง ่ บัดซบ Tutur katanya menunjukkan dia seorang yang bodoh betul. การทิ้ งทารก เป็นการกระทำที่ เลวบัดซบ Membuang bayi merupakan perbuatan yang amat keji. บ ่ อย บัดซบ Kamus Thai 2.indb 219 4/15/2008 11:09:09 AM บ 220 บัดสี
|
Kamus Thai 2.indb sen] ก 1 menggaris: เขาขีด เส ้ นสองเส ้ นใต ้ คำตอบของเขา Dia meng- garis dua garis di bawah jawapannya. 2 menggariskan: เขาขีดเส ้ นตรงคำตอบที่ ถูก Dia menggariskan jawapan yang betul. ขีดสุด [-sut] น garis maksimum = ขีดสูงสุด ขีดสูงสุด [-su:sut] ดู ขีดสุด ขีปนาวุธ [ki :pana:wut] น peluru berpandu: ขีปนาวุธของอิสราเอลฆ ่ าเด็กชาว ปาเลสไตน ์ Peluru berpandu Israel telah membunuh kanak Kamus Thai 2.indb 53 4/15/2008 11:03:23 AM ค 54 คง [ko] ก 1 mengekalkan: คงความ เป็นกลาง mengekalkan sikap berkecuali 2 mungkin: เขาคงถูก Dia mungkin betul. = คงจะ คงกระพัน [-krapan] ว kebal คงแก ่ เรียน [-kε:rian] ว berpengeta- huan luas คงจะ [-ca] ดู คง 2 คงคลัง [-kla] ว baki wang คงทน [-ton] ว tahan lama: แบตเตอรี่ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
betul-betul | [be.tul.be.tul] | بتول٢ |
betul | [be.tul] | بتول |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
betul-betul , sebenarnya | really | جدّاً | jeddan |
betul , sahih | true | صحيح،درست | ṣaḥīḥ , dorost |
betul | right | درست | dorost |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ralat bersistem | systematic error | Ralat yang mengalihkan semua pengukuran ke arah yang tertentu disebabkan oleh alat pengukur tidak ditentukur dengan betul, alat pengukur tidak digunakan dengan betul atau tidak mengambil kira ralat sifar alat pengukur. | Menengah Atas |
pencemaran | pollution | Perbuatan mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah atau bahan beracun secara yang tidak betul. | Sekolah Rendah |
kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
diet seimbang | balanced diet | Komposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
menentusahkan | verify | Menentukan dan mengesahkan betul atau salah sesuatu jawapan. | Menengah Rendah |
tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
kaedah cuba-cuba | trial and error method | Kaedah mencuba pelbagai cara untuk mencari jawapan yang betul. | Sekolah Rendah |
penyelesaian yang mungkin | possible solution | Nilai yang mungkin diperoleh bagi pemboleh ubah yang menghasilkan persamaan yang betul. Contohnya, bagi persamaan x2 = 64. Penyelesaian yang mungkin bagi nilai x ialah +8 dan -8. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul |
|
Puisi |
---|
|
Sayang mastali benang mastali, Anak patu dikasi makan; Betul-betul memegang janji, Seperti paku lekat di papan.
Lihat selanjutnya... |
|