Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
File tersebut tak dapat diakses dari luar. Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni tak ada masalah... Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas [SMS] Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Ini screenshotnya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... | Mungkin masalah itu disebabkan sever tuan atau tuan boleh cuba lagi. | Lain-lain | 06.01.2014 |
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin" | Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. | Istilah | 16.10.2012 |
Salam, Saya ingin bertanyakan mengenai perkataan "screenshot". Bolehkah ianya digantikan kepada "skrin shot"? Jika tidak, apakah istilahnya di dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "screen shot" ialah tangkap skrin. | Istilah | 02.06.2020 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'screenshot'? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami, terdapat perkataan, screen capture yang diterjemah kepada tangkapan skrin yang bermaksud: Aktiviti menyalin atau memindahkan imej yang sedang dipaparkan di skrin komputer ke fail atau pencetak. Sekiranya sistem berada di dalam mod grafik, tangkapan skrin akan menghasilkan fail grafik yang mengandungi peta bit. Sekiranya sistem dalam mod teks, tangkapan skrin dimuatkan ke dalam fail dengan kod ASCII. Sinonim longgok skrin(Bidang teknologi maklumat). Tuan boleh mengguna pakai terjemahan ini jika konteks yang sama. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 19.07.2017 |
Jawapan sebelum ini adalah dirujuk. Saya merujuk "screenshot" atau paparan skrin seperti dilampirkan. Tertera perkataan penyengara. Adakah ia satu kesalahan atau macam mana? | Untuk makluman, tidak ada perkataan "penyengara" dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah penyenggara atau penyenggaraan. Sila rujuk Kamus Dewan. Perkataan pada paparan skrin yang dilampirkan adalah salah dan kesilapan tersebut ialah kesilapan penaipan semasa memasukkan data. | Ejaan | 07.08.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Soalan saya adakah gambar-gambar screenshot dari sesebuah perisian komputer yang saya ambil sendiri dilindungi hak cipta juga dan perlukah saya mendapat izin pemilik perisian untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut dalam sesebuah karya? Terima kasih. | Waalaikumsalam, Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh hubungi Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui talian 03-21479521 atau 03-21479522. Terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2014 |
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks Hana | Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyak | Makna | 28.03.2017 |
I would like to report on your PRPM website. When I clicked on the second tab to see the other definition, it did not load anything on the page and remained on the first tab only. Please refer to screenshot. This issue applies to all words with more than one definition tab. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 10.05.2024 |
Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan. | Waalaikumsalam, 1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. 2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza. | Istilah | 30.04.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. | 1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d | Istilah | 22.05.2018 |