ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
water stewardship | urus selia air | ESG | Pengawasan dan pengawalan penggunaan air secara adil, saksama, lestari dan menjana pulangan ekonomi yang melibatkan semua pemegang kepentingan terhadap sesebuah kawasan tadahan air. |
nature-based solutions | penyelesaian berasaskan alam semula jadi | ESG | Tindakan untuk melindungi, memelihara, memulihara, menggunakan secara lestari dan menguruskan ekosistem semula jadi atau diubah suai bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar secara efektif dan adaptif, serta memberikan kesejahteraan manusia, khidmat ekosistem, ketahanan dan faedah biodiversiti. |
green sukuk | sukuk hijau | ESG | Sijil pelaburan Islam yang digunakan untuk membiayai sesuatu projek infrastruktur yang lestari. |
European Union Taxonomy | Taksonomi Kesatuan Eropah | ESG | Sistem pengelasan yang diasaskan oleh Kesatuan Eropah untuk menentukan aktiviti ekonomi yang boleh dianggap lestari. |
Feed-in Approval Holders (FIAH) | Pemegang Kelulusan Galakan (FIAH) | ESG | Individu atau syarikat yang memiliki sijil kelulusan galakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Pemegang layak untuk menjual tenaga boleh diperbaharui pada kadar tarif galakan. |