ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
green marketplace | pasar hijau | ESG | Platform bagi produk dan perkhidmatan yang mengutamakan elemen sosial dan alam sekitar sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan. |
green premium | premium hijau | ESG | Nilai tambah bagi pengguna atau syarikat yang memilih produk atau perkhidmatan yang mesra alam dan mampan berbanding konvensional. |
carbon price | harga karbon | ESG | Nilai monetari bagi pelepasan karbon. |
internal carbon price | harga karbon dalaman | ESG | Nilai monetari bagi pelepasan karbon yang dihasilkan oleh sesuatu organisasi. |
Integrated Reporting Framework | Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu | ESG | Rangka kerja bagi kaedah laporan menyeluruh yang menggabungkan maklumat kemampanan dan prestasi tahunan syarikat. |
impact sourcing | perolehan impak | ESG | Jaminan dan tindakan yang diambil bagi memastikan barangan, bahan dan perkhidmatan tidak terganggu dalam rantaian bekalan. |
decarbonisation levers | tuas penyahkarbonan | ESG | Kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi mencapai matlamat rendah karbon. |
Shareholder Rights Directive (SRD) | Perintah Hak Pemegang Saham (SRD) | ESG | Peraturan bagi pelaksanaan hak pemegang saham pada mesyuarat agung syarikat yang didaftarkan dan sahamnya didagangkan di pasaran terkawal Kesatuan Eropah. |
Extended Producer Responsibility (EPR) | Tanggungjawab Pengeluar Diperluas (EPR) | ESG | Peranan wajib bagi pengeluar untuk membiayai keseluruhan kos mengurus dan mengitar semula produk, bermula daripada pembuatan kepada pelupusan berdasarkan polisi alam sekitar. |
compensation framework | rangka kerja pampasan | ESG | Perancangan untuk menentukan ganti rugi bagi kehilangan aset fizikal, pendapatan atau mata pencarian disebabkan oleh anjakan fizikal dan/atau ekonomi. |