Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat Melayu memuliakan umat, Bersangka baik sesama insan; Kuat Melayu hingga kiamat, Pada yang baik ia bertahan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Jika ada kain kapan, Simpan dengan sehelai tikar; Jika ada rasa keinsafan, Insan kerdil ambillah ikhtibar. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| insan | Bahasa Asal :Arab | | Rujuk :manusia |
|
Peribahasa |
---|
| 556 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Kepala sama hitam hati lain-lain. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|