PeribahasaSarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.TakrifMenyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah.TakrifOrang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk sarang harimau.TakrifTermasuk ke dalam bahaya besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjolok sarang tabuan.TakrifSengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan merempuh sarang lebah.TakrifBahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSarang tabuhan jangan dijolok.TakrifJangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.TakrifMendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPayah umpama memelihara diri dalam sarang lebah.TakrifMenghadapi musuh yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.TakrifMempertahankan diri di tengah-tengah musuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang.TakrifOrang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
| 308 | Let sleeping dogs lie | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Sarang tebuan jangan dijolok | Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Sarang tebuan jangan dijolok. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
| 310 | Let sleeping dogs lie | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Jangan merempuh sarang lebah | Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan merempuh sarang lebah. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sarang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sangkar: sangkak, kurungan, kandang, reban, pasung, kerangkengan, celung, sangluang, seron, tarang, petarangan, terak, sendong,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan tempat persembunyian, markas, kubang,
| | Kata Terbitan : bersarang, bersarang-sarang, |
|
| Puisi |
|---|
|
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 310 Let sleeping dogs lie Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. Jangan merempuh sarang lebah Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan merempuh sarang lebah. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|