Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam, adakah sesuai perkataan "pemain-pemain" dalam ayat " SIRIM Berhad telah menubuhkan satu jabatan bagi membantu pemain-pemain dalam industri dari segi khidmat nasihat..."? | Perkataan pemain tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut kerana belum ada peluasan makna pemain selain orang yang bermain dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami perkataan pemain ditukarkan kepada penggiat. | Istilah | 30.07.2012 |
Kemenangan itu menjadi haluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. ayat ini sudah salah. penggunaan "haluan"" sudah salah. saya ingin tahu akan penggunaan istilah yang betul. sekian. terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah laluan. Kemenangan itu menjadi laluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. | Tatabahasa | 04.06.2013 |
Pemain-pemain dalam pertandingan perbahasan pada peringkat kebangsaan itu saling bertukar pandangan tentang masalah alam sekitar. ADA SALAH TAK? | Kata pemain tidak perlu digandakan kerana pemain dalam konteks ayat tersebut telah menunjukkan jamak. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
salam.bolasepak malaysia. kemasukan pemain import, perpindahan pemain, pemain digugurkan. adakah situasi ini boleh dipanggil 'formasi' dalam dunia bola sepak.t.kasih.harap dapat membantu | Merujuk Kamus Dewan formasi bermaksud susunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan. Pada pandangan kami situasi yang berlaku tidak sesuai dengan makna formasi tersebut. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense" | Salam sejahtera, Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2020 |
"Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus," kata Cikgu Zubir kepada pemain-pemain bola sepak sekolahnya. Bolehkah saya tanya, ayat tersebut mana satu bahagian ialah subjek, mana satu bahagian ialah predikat? terima kasih | Bahagian subjek dan predikat dalam ayat “ Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus,” adalah seperti berikut: Subjek: “tiada latihan bola sepak” Predikat: “kerana saya akan pergi berkursus”
| Tatabahasa | 21.07.2025 |
Salam. Merujuk pada soalan sebelum ini mengenai terjemahan bagi istilah "leaderboard"; konteksnya adalah pada antara muka sebuah permainan komputer, yang menyenaraikan pemain-pemain terbaik mengikut markah mereka. Contohnya adalah di dalam gambar ini: https://www.researchgate.net/profile/Peter_Pennefather/publication/266656547/figure/fig1/AS:392167890669600@1470511519983/Example-of-a-traditional-multiplayer-leaderboard.png Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "leaderboard" ialah carta kedudukan. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat. | Istilah | 09.06.2020 |
Terlampau banyak jawapan dalam Khidmat Nasihat yang sudah tidak relevan. DBP mesti segera mengemas kini jawapan-jawapan dan soalan-soalan dalam Khidmat Nasihat supaya bahasa Melayu yang berpiawai dapat diperkasakan. Kekeliruan-kekeliruan ini menimbulkan keliru buat pemain-pemain industri bahasa sendiri akibat daripada bahagian Khidmat Nasihat yang tidak dirapikan dan dikemaskan. Amanah DBP besar untuk memurnikan bahasa Melayu yang baik. | Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman puan, sistem Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dalam proses untuk dinaik taraf, manakala paparan jawapan juga dikemas kini dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan cadangan puan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna KNDBP. | Lain-lain | 06.06.2024 |
Saya nak tanya,apakah ayat yang betul antara berikut: pemain itu terpaksa diusung keluar padang kerana kakinya patah ( disepak atau tesepak ) oleh pemain pasukan lawan. | Pemain itu terpaksa diusung keluar padang kerana kakinya patah disepak oleh pemain pasukan lawan. | Tatabahasa | 25.10.2016 |
apakah permainan dam melayu | Menurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); | Lain-lain | 05.08.2007 |