Untuk "Gallo-Roman" dalam bidang sejarah yang mana satu terjemahan betul? Gallo-Rom atau Gaul-Rom? Atau kedua-duanya boleh digunakan? | Menurut kamus Collins dalam talian, Gallo- dihuraikannya sebagai a combining form representing Gallic in the formation of compound words. Daripada sumber Google Books pula menunjukkan ada penulis yang meminjam kata Gallic (Gallic-Roman) kerana Gallic ialah kata Inggeris dan bentuk adjektif untuk Gaul. Dalam data kamus DBP, padanan kata Gallic ialah Gaul, manakala padanan kata Roman ialah Rom (empayar, kuasa). Jadi untuk konteks sejarah, gunakanlah "zaman Gaul-Rom" atau "bahasa Gaul-Rom" untuk merujuk kepada era apabila budaya Gaul dan Rom bercampur di wilayah Gaul (Perancis kuno).
| Ejaan | 20.05.2025 |