Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manjor | Soalan tidak difahami. Mohon kemukakan soalan dengan lebih jelas. | Lain-lain | 11.11.2021 |
Apakah maksud yang sesuai untuk "TRAY RETURN STATION"? | TRAY RETURN STATION boleh dimaksudkan sebagai STESEN PEMULANGAN DULANG. | Makna | 11.11.2021 |
Tolong jawab kelima-lima soalan Terima kasih | Lampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2021 |
Jangan buat saya marah terhadap kamu. Jangan buat saya memarahi kamu. Kedua-dua ayat betul ke? | Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.11.2022 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Forward-looking statement"? | Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. | Makna | 11.11.2021 |
Salam sejahtera! Dari sudut dialog...."dah lah tu...jangan bersedih lagi." Adakah dah dicantumkan/dipisahkan dengan lah -> dahlah atau dah lah? Sekian terima kasih! | Ejaan yang betul ialah "dahlah". | Lain-lain | 11.11.2021 |
jika tidak dapat lihat file , sila jawab Terima kasih kerana inilah kali pertama send file | Lampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai. | Lain-lain | 11.11.2021 |
Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali atau Setiap jawapan pilihan boleh digunakan lebih daripada sekali. | Ayat yang betul ialah Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali. | Lain-lain | 11.11.2020 |
Adakah perkataan istihsan dan maslahah perlu ditulis dalam bentuk italic? | Perkataan istihsan dan maslahat (ejaan sebenar dalam kamus Dewan) yang merupakan perkataan Arab tidak perlu ditulis dalam bentuk italik. | Ejaan | 11.11.2022 |
Dalam bahasa Inggeris "Sing it" diterjemahkan ke "Nyanyikannya". Jadi "Rap it" patut diterjemahkan ke "Rapkannya" atau "Nyanyikan rap"? Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | "Rap it" boleh diterjemahkan kepada rapkan (sesuatu). Contoh: Rapkan lagu itu. | Makna | 11.11.2022 |