Tarpan ialah kuda liar yang hidup di hutan di Eropah dan di steppe di Rusia. Tarpan telah pupus sejak tahun 1800-an. Ahli sains percaya bahawa mereka telah membiakkan baka kuda yang sama seperti kuda dari hutan Eropah yang asal. Ahli sains ini menjalankan kerja mereka di Zoo Hellabrunn di Munich, Jerman. Mereka telah mencipta proses pembiakan baka semula yang menghasilkan seekor kuda kecil pada tahun 1950-an yang kelihatan seperti tarpan purba. Lihat juga Kuda (Kuda liar); Kuda Przewalski. |