Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang disebabkan oleh makanan yang tidak berzat, makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak dapat menyerap atau menggunakan zat makanan. Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat terlalu banyak makanan, tidak memperoleh makanan yang cukup atau mendapat makanan yang tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila, disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh menggunakan zat makanan walaupun zat makanan itu terdapat dalam sesuatu makanan. |