Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah  .Ejaan14.04.2012
Mana satukah yang betul? - ya Allah - Ya AllahEjaan yang betul ialah "ya Allah".Ejaan10.12.2015
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim?

1. "Hmm... bagaimana ya?"

2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim?

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.

Ejaan13.10.2011
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami.Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru.Tatabahasa23.03.2010
Perkataan *beriani tiada tanda pecahan suku kata. Adakah *be.ri.a.ni empat suku kata? atau *be.ria.ni tiga suku kata? Mengikut ejaan jawi *ba+ra jadi *ber, *ya+alif jadi *ya, dan *nun+ya jadi *ni - tiga suku kata. Tapi *be.ri.a.ni berlaianan ejaannya, kecuali *ber.ya.ni baru menepati ejaan jawi. Mengikut penggalan bunyi seperti ejaan kemasukan *be.ri.a.ni adalah empat suku kata.

Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "".


Lain-lain26.06.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Puan' di dalam dialog. " Ya, Puan." atau "Ya, puan." Sekian, terima kasih.Penggunaan yang betul : "Ya, puan".Lain-lain15.12.2014
Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.

Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Lain-lain03.02.2022
ya allah

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas.

Lain-lain20.02.2023
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat.Tatabahasa14.02.2019
Ya. Terima kasihSoalan tidak jelas. Sila hantar semula.Lain-lain27.02.2017
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ya

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.



Lihat selanjutnya...