Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
WAYANG WONGKesenian di IndonesiaKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
SAWI PUTIH

Sawi putih ialah sayur bak kubis yang telah

ditanam di negara China sejak tahun 400-an M.

Ia mempunyai daun yang lebar dan tebal yang

membentuk kepala yang panjang dan berbentuk

silinder. Sesetengah jenis, seperti pak choi

mempunyai kepala yang tercerai dan terbuka.

Yang lainnya, seperti michihli dan wong bak

mempunyai kepala yang lebih padat.

UMUM
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen          :           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wong