Saint Martin juga dikenali sebagai Sint Maarten dalam bahasa Belanda, ialah pulau di Laut Caribbean yang terletak di bahagian paling hujung Kepulauan Windward (lihat Kepulauan Windward ). Luas pulau ini lebih kurang 34 kilometer persegi. Bahagian utaranya, yang luasnya lebih daripada dua per tiga seluruh pulau ini, dikuasai oleh Perancis. Bahagian ini membentuk sebahagian daripada jabatan seberang laut Guadeloupe Perancis (lihat Guadeloupe ). Ibu wilayahnya ialah Marigot. Bahagian selatannya dikuasai oleh Belanda dan merupakan sebahagian kumpulan utara Antilles Belanda bahagian Kepulauan Windward (lihat Antilles Belanda; Kepulauan Windward ). Ibu wilayahnya ialah Philipsburg. |