Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Kamus Thai(Beta)Bahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
persis1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.Kamus Dewan Edisi Keempat
wajahair muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wajahair muka; muka; paras: ~nya berseri-seri.Kamus Pelajar
berwajah1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru;Kamus Dewan Edisi Keempat
wajah1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencukaki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
raut muka (wajah)tampang muka, roman.Kamus Dewan Edisi Keempat
paras Irupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
air mukarupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
durjasl (air) muka, wajah: wahai aria ningsun ~ yg berseri; bermuram ~ bermasam muka, bermuram (kerana susah hati, sedih, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.



Lihat selanjutnya...