Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TENEMEN

Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk

menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang.

Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman

yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau

penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah

bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk

menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah

dengan kemudahan yang kurang bermutu.

UMUM
MÖRIKE, EDUARD

Mörike, Eduard (18041875) ialah penyair lirik

Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang

menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya

Mörike banyak yang membayangkan

suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi

puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai

sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah

lampu usang dalam rumah musim panas, atau

sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di

satu sudut.

UMUM
1
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,