Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah digunakan. | Sastera | 04.05.2011 |
pengunaan perkataan seusai seperti di dalam ayat dibawah: Sehubungan dengan itu, perolehan dan pelaksanaan projek dilaksanakan oleh pihak AAA dan penyerahan kepada pihak BBBB seusai projek siap. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “usai” ditakrifkan sebagai sudah selesai atau berakhir, iaitu berkenaan perhimpunan, peperangan, majlis dan lain-lain. Penggunaan perkataan “seusai” dalam ayat tersebut kurang tepat. Kebiasaannya, perkataan “sesudah” digunakan. “Sesudah” bermaksud setelah berbuat atau berlaku sesuatu, setelah atau selepas. “Sudah” ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah “sesudah”, yang berfungsi sebagai adverba waktu. Selain itu, perkataan “seusai” dengan maksud “sesudah”, lazimnya digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana dan Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima halaman 202 hingga 205. | Tatabahasa | 24.11.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| usai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sudah selesai: berakhir, bubar, habis, siap, beres, lengkap, sempurna, tamat, sudah, Berantonim dengan terbengkalai
2. Bersinonim dengan tidak tersusun: kusut, terurai, terselerak, tidak teratur, kusut-masai, Berantonim dengan tersusun
3. Bersinonim dengan sudah lampau: sudah berlalu, sudah lepas,
| Kata Terbitan : mengusai, |
|
Puisi |
---|
|
Gulai kangkung gulai gumbiling, Sayang kucai berkudut-kudut; Amunku batah tinggal seorang, Kampung usai menjadi kusut.
Lihat selanjutnya... |
|