Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah istialah "urus tadbir"? Bolehkah perkataan urus tadbir digunakan seperti berikut: Institut Pengajian Urus Tadbir? | Istilah yang tepat ialah tadbir urus bagi padanan "governance". Sehubungan dengan itu, nama yang lebih sesuai ialah Institut Pengajian Tadbir Urus. | Istilah | 14.05.2016 |
Istilah mana yang lebih tepat: tadbir urus atau urus tadbir? | Istilah yang tepat ialah tadbir urus | Istilah | 15.06.2017 |
Adakah pernyataan yang betul adalah "tadbir urus" atau "urus tadbir" mengikut Hukum D-M ? Mohon pencerahan. Terima kasih . :) | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tadbir urus. | Istilah | 13.02.2016 |
Salam, saya ingin tanya bagaimanakah kata majmuk dibentuk. Misalnya, bagaimanakah pihak DBP menentukan pisang goreng dan bukan goreng pisang, atau tadbir urus dan bukan urus tadbir, sama juga urus niaga dan bukan niaga urus. Mohon dapat berikan pencerahan. Terima kasih! | Binaan frasa nama ini tertakluk pada Hukum D-M, iaitu diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam hal ini unsur yang diterangkan ialah unsur inti, iaitu pisang dan hadir pada kedudukan pertama, dan unsur yang menerangkan menjadi penerang dan hadir pada kedudukan kedua, goreng. Begitulah juga dengan binaan frasa nama yang lain. | Tatabahasa | 08.02.2019 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Manakah yang betul dan tepat, urus tadbir atau tadbir urus? Terima Kasih. | Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance" | Istilah | 16.06.2012 |
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ? | 1. minyak diesel 2. walau bagaimanapun 3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance". | Ejaan | 12.02.2015 |
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi juga | Perkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Ejaan | 01.03.2012 |
KATA MAJMUK BERKAITAN "URUS SETIA" | Urus setia perlu dieja dengan dua perkataan. | Istilah | 15.02.2009 |
Adakah betul cara penulisan perkataan tersebut? 1. siaraya 2. atur cara 3. urusetia 4. urus niaga | Ejaan yang betul ialah siar raya, atur cara, urus setia dan urus niaga. | Ejaan | 29.08.2007 |