Kata |
Takrif |
Sumber |
urus-urus | Jw 1. sj ubat pencuci perut, ubat pencahar; 2. mencuci perut dgn minum ubat pencahar; ® purus II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuci perut | a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejak audit(audit trail) | Jejak atau bekas laluan yang ditinggalkan oleh sesuatu urus niaga apabila ia diproses. Jejak ini bermula pada titik urus niaga dimulakan dan berakhir di tempat urus niaga tamat. Pada setiap tahap, rekod tertentu dirakamkan untuk membolehkan urus niaga dijejak semula ke tempat asalnya. Jejak ini berguna jika terdapat keperluan untuk memastikan kesahihan urus niaga atau jika timbul masalah, seperti penyelewengan dan pecah amanah. | Kamus Komputer |
urus setia | 1. = pejabat ~ pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat); keurusetiaan (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia: utk mem-bincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pejabat urus setia | pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus | ; berurus 1 berhubung dgn pihak-pihak tertentu utk menyelesaikan sesuatu perkara. 2 dijaga dgn baik; bersusun rapi: Rambutnya spt tidak ~. mengurus 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. terurus dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. urusan 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. berurusan 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. pengurusan perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. pengurus 1 orang yg mengurus: ~ syarikat itu bergaji RM3,000/- sebulan. 2 ketua atau pemimpin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urus niaga | urusan perniagaan, kegiatan jual beli; berurus niaga berurusan jual beli: kecemer-langan ~; peniaga Jerman dikehendaki mendapatkan lesen utk ~ dgn firma asing; mengurusniagakan menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus janji | hal yg berkaitan dgn urusan perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus | ; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan per-niagaan; salah ~ tidak dikelolakan (diselang-garakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak terpelihara (teratur); berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui PIBG; urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya men-jalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri sese-orang; ~ rumah tangga segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg pertama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penye-ludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak ter-pelihara (dijaga, diurus) dgn baik; pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn kemajuan teknologi; pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengen-dalikan) sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus setia | pejabat atau pegawai yg mengendalikan hal-hal pentadbiran (spt kesetiausahaan, perkeranian dsb) sesebuah jabatan atau badan yg besar: ~ Dewan Bandaraya | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
transaction | n management of business or business done, urus niaga: a profitable ~, urus niaga yg menguntungkan; the ~s of the firm, urus niaga firma itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mismanage | vt salah mengurus, menyalah urus: the firm has been ~d for the last two years, firma itu telah disalah urus selama dua tahun kebelakangan ini; Mrs OReilly had ~d the affairs of the foundation, Puan OReilly telah salah mengurus hal-h | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
misconduct | vt manage badly, menyalah urus, salah mengurus: they accused me of ~ing the associations affairs, mereka menuduh saya menyalah urus hal-hal persatuan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mismanagement | n salah /urus, pengurusan/: due to ~ the company was going bankrupt, akibat salah pengurusan, syarikat itu mula menjadi bankrap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
funeral parlour | n rumah urus mayat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
transact | ~ business, mengurus niaga, /menjalankan, membuat/ urus niaga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
secretariat | n (staff, office or building) urus setia, sekretariat: the Commonwealth S~, Sekretariat Commonwealth; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
million | a ~ - dollar /deal, project, etc/, /urus niaga, projek, dll/ yg melibatkan berjuta-juta ringgit; a ~ dollar /house, ring, boat, etc/, /rumah, cincin, bot, dll/ yg berharga berjuta-juta ringgit; in a ~, (colloq) satu dlm seribu: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
close | ~ a deal, mencapai persetujuan dlm sst urus niaga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trickery | n penipuan: the transaction involved ~, urus niaga itu melibatkan penipuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
mismanagement | salah urus | Tiada | salah urus | Pentadbiran Perniagaan |
logical transaction | transaksi logik | urus niaga logikal | urus niaga logikal | Teknologi Maklumat |
secured transaction | transaksi teramankan | urus niaga bersekuriti | urus niaga bersekuriti | Teknologi Maklumat |
commodity transaction | transaksi komoditas | urus niaga komoditi | urus niaga komoditi | Ekonomi |
cheque transaction | transaksi cek | urus niaga cek | urus niaga cek | Ekonomi |
state craft | kiat bernegara | mahir-urus negara | mahir urus negara | Sains Politik |
transaction motive | motif transaksi | motif urus niaga | motif urus niaga | Ekonomi |
transaction exposure | pendedahan transaksi | pendedahan urus niaga | pendedahan urus niaga | Ekonomi |
public governance | tata kelola pemerintahan publik/kepemerintahan publik | tadbir urus awam | tadbir urus awam | Sains Politik |
propellant management device | peranti pengelola propelan | peranti urus bahan dorong | peranti urus bahan dorong | Aeroangkasa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
secure electronic transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain. |
corporate governance | tadbir urus korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu garis panduan kerja dan peraturan yang mengawal peri laku pengurusan atasan dan ahli lembaga pengarah sesebuah organisasi. Penekanan utama tadbir urus korporat ialah kebertanggungjawaban, keadilan dan ketelusan. Tujuan utama pemantauan melalui tadbir urus korporat adalah untuk melindungi pihak berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, pekerja, pelanggan dan kerajaan. Contoh perincian dalam garis panduan ini ialah butiran kontrak dengan ahli lembaga pengarah, termasuk peranan dan tanggung jawab, hak dan ganjaran serta prosedur penyelesaian konflik dengan pihak yang berkepentingan. |
governance | tadbir urus | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbiran organisasi yang dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada tadbir urus yang cekap dan berkesan ialah sifat dan sikap positif pemimpin, berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan, mempunyai ideologi dan fikiran yang prolifik serta mampu menjana perubahan. Tadbir urus yang cekap dan berkesan menjadi tunggak dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, sebuah kerajaan yang mantap dari segi pentadbiran dan pengurusan akan menjana sebuah negara yang makmur dan sejahtera seperti Malaysia. |
corporate governance | tadbir urus korporat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pendekatan, mekanisma, kaedah atau corak pengurusan yang efektif berpandukan kepada piawaian, peraturan dan undang-undang yang mampu mempertingkatkan kecekapan organisasi ke tahap yang lebih maksimum. Tadbir urus korporat menitikberatkan isu pengelakan rasuah, ketelusan, nilai dan etika, peningkatan dan penambahbaikan kualiti, peningkatan prestasi, daya tahan dan daya saing, percanggahan kepentingan antara diri, pemegang saham serta kepentingan masyarakat. Contohnya, Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan Kod Malaysia untuk Tadbir Urus Korporat (Kod) pada tahun 2000 yang bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat senarai awam di Malaysia dari segi tadbir urus korporat.Kod ini memperincikan pelbagai usul tentang struktur dan komposisi lembaga pengarah serta penetapan dan pendedahan ganjaran yang diterima. |
isolated transaction | urus niaga terpencil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Urus niaga yang dijalankan sesekali. |
artificial transaction | urus niaga palsu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Urus niaga yang sengaja dipalsukan untuk mengelak atau melarikan cukai. |
gun jumping | urus niaga pramasa | Ekonomi | Tiada | Amalan urus niaga yang berlaku sebelum tiba masanya yang tidak mendapat pengesahan pihak berwajib seperti pertukaran maklumat perdagangan yang tidak diketahui oleh orang awam. |
gun jumping | urus niaga pramasa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amalan urus niaga yang berlaku sebelum tiba masanya yang tidak mendapat pengesahan pihak berwajib seperti pertukaran maklumat perdagangan yang tidak diketahui oleh orang awam. |
off-market trading | urus niaga luar pasaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Urus niaga dilaksanakan bukan dalam pasaran tetapi di luar pasaran atau di pasaran atas kaunter. |
off-board trading | urus niaga luar pasaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Urus niaga dilaksanakan bukan dalam pasaran tetapi di luar pasaran atau di pasaran atas kaunter. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
urus | urusan peribadi uusan paibadik. | kedayan | |
urus | urusan rasmi uusan asmik; | kedayan | |
urus | urusan uusan; | kedayan | |
urus | uus, hatu; | kedayan | |
dageng | urus niaga | TETAW | |
pekatok | urus | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kakanun, *akanong* Kd | apa-apa jenis makanan. | Dia pegi tengok-tengok tu tampat dia dunia om. Tiba-tiba kaka dia... ingat ia mahu bagi satu jenis tu kakanun (makanan) yang boleh ditanam kaka... yang boleh dimakan, senang... nak mau urus. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb berkenaan. Faktor penting yang diambil kira bagi menentukan isi padu terse- but ialah keupayaan telaga yang terlibat. (KEJ) allowable defect (cacat terizinkan) Cacat pada kepingan kayu gergaji yang diizinkan dalam urus niaga kayu. Kecacatan tidak akan menurunkan gred kayu gergaji berkenaan. Contohnya, dalam Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, cacat liang je- jarum diizinkan. (HUT) allowed frequency (frekuensi diizinkan) Frekuensi ayunan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd card; Br. kad pemecut pelayan; Id. kartu akselerator server) Kad yang dipasang pada slot antara muka komputer persisian (PCI) dalam papan ibu. Kad ini digunakan untuk menjana kekunci penyulitan untuk urus niaga selamat pada laman web e-dagang yang dihoskan dalam pelayan tersebut. Sekiranya pelayan berkenaan tidak mempunyai keupayaan pemprosesan selari, pelayan akan terbeban dengan tugas pencarian dan penjanaan kekunci penyulitan untuk setiap urus niaga. kadar jangkitan (Ig. rate of infection; Br. kadar jangkitan; Id. laju infeksi) Bilangan hos dalam rangkaian yang dijangkiti virus atau kod hasad bermula daripada titik masa permulaan jangkitan pertama
|
Kamus Thai 2.indb mengusahakan perkhidmatan kapal dari Jepun ke Singapura. เดินเรื่ อง [-raˆ ] ก mengurus hal: เขาขอ ให ้ ฉ ั นเดินเรื่ องการเข ้ าเรียนในมหาวิทยาล ั ยของ ลูกเขา Dia meminta saya mengurus hal kemasukan anaknya ke universiti. เดินอากาศ [-a:ka:t] ก mengusaha- kan perkhidmatan kapal terbang: บริษ ั ท การบินแห ่ งหนึ่ งได ้ ร ั บใบอนุญาตให ้ เดินอากาศ ภายในประเทศ Sebuah
|
Kamus Thai 2.indb kereta model baharu. เงินสด [-sot] น wang tunai: การค ้ าขายที่ เงาะ เงิน Kamus Thai 2.indb 98 4/15/2008 11:03:56 AM ง 99 ชายแดนกระทำโดยใช ้ เงินสด Urus niaga di sempadan dijalankan dengan wang tunai. เงี ่ ยง [i a] น 1 sengat ikan 2 cangkuk เงี ่ ยน [i an] ก ketagihan: หมอทำการ ร ั |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
urus-urus | [u.rus.u.rus] | اوروس٢ |
urus | [u.rus] | اوروس |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
transaksi | transaction | Urus niaga yang berlaku antara dua pihak seperti penjual dengan pembeli atau pihak bank dengan pelanggan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
akaun | account | Rekod yang mencatatkan urus niaga atau transaksi kewangan. | Sekolah Rendah |
komisen | commission | Upah yang diberi kepada ejen jualan apabila berjaya menyelesaikan urus niaga. | Menengah Rendah |
|
|