Monokotiledon ialah sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai satu kotiledon (struktur daun di dalam biji). Kebanyakan daun monokotiledon mempunyai urat yang selari. Bahagian bunganya biasanya tumbuh dalam gandaan tiga. Lebih kurang 40 000 spesies tumbuhan adalah monokotiledon, termasuk pisang, jagung dan nanas. Lihat juga Kotiledon. |