Pantun |
Sumber |
Tema |
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belum kan layu; Kuat orang jangan peduli, Marah itu ada tempatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belumkan layu; Kuat orang jangan peduli, Belum dicuba belum kan tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Urat kayu tengah halaman, Bila terbelah menjadi kayu; Adat Melayu zaman-berzaman, Bila tersalah berilah tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak lapuk; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak kemaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak meranggas; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak pemanas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang kuat dan kukuh; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tiada berduri; Baik adat elok orangnya, Elok orang suka memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tiada retak; Baik adat elok orangnya, Elok orang tiada tamak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlumut; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak menghasut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berulat; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |