Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MISTERI ELEUSINIA

Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan

orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di

Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan

upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa

pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos

penculikan dan pengembalian anak perempuan

Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades,

dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat

Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini

tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang

berkait dengannya dianggap memberi kehidupan

sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa

yang mengambil bahagian.

Lihat juga Misteri.

UMUM
THAIPUSAMupacaraAGAMAPerayaan/Upacara
MISTERI

Misteri ialah upacara secara sulit yang

diadakan dalam upacara keagamaan. Ia hanya

boleh disertai atau disaksikan oleh ahli atau

orang yang ingin menyertai kumpulan yang

mengamalkannya. Misteri telah menjadi

sebahagian daripada kebanyakan agama.

Misteri pada zaman awal begitu dirahsiakan

sehingga pengetahuan tentangnya adalah tidak

lengkap.

UMUM
DIKIR BERENDOIUpacara dalam msyarakat MelayuBUDAYAPerayaan/Upacara
BALAI

BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
BERAS KUNYITBERAS KUNYIT, beras yang dilumur atau digaul dengan kunyit dan digunakan sebagai salah sau bahan dalam upacara tradisional.  Beras kunyit pada umumnya merupakan salah satu peralatan dalam upacara mendirikan rumah, memasuki rumah baharu, membuka ladang dan kebun serta memulakan menanam padi dan menuai.  Selain itu, beras kunyit digunakan sewaktu upacara perdukunan, ketika upacara perkahwinan, atau apa sahaja upacara yang berkait dengan budaya tanah.  Budaya tanah ini bermaksud kehidupan manusia banyak bergantung hidup pada tanah.  Walaupun beras kunyit ini juga digunakan untuk melepaskan kapal aau perahu yang pertama kali akan ke laut, tetapi orang yang ke laut ini pada dasarnya, ialah manusia berbudaya tanah.BUDAYAPerayaan/Upacara
MAJLIS ISLAM SARAWAK

MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian Adat Istiadat dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
TARIAN HUJAN

Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh

Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya

Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat

supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka.

Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan

diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling

sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan

tarian ini pada musim bunga ketika musim

menanam dan pada musim panas ketika tanaman

sedang membesar. Setiap suku mempunyai

upacara tersendiri untuk memanggil hujan.

Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli

Papago, menyanyi dan menari serta minum wain

yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku

Hopi pula menari sambil menggonggong ular

orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka

agar menurunkan hujan.

UMUM
TAHLILupacara/aktiviti menyampaikan doa dan pahala kepada roh si matiAGAMAKonsep
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK

ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya.

           

BUDAYAKonsep
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upacara