Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tq | Ayat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba. | Tatabahasa | 26.08.2008 |
Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. TUAN, ADAKAH BETUL PENGGUNAAN 'IALAH' SELEPAS BILANGAN ATAU PERLU DITUKAR 'ADALAH'? | Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. | Tatabahasa | 02.11.2021 |
Untung nasib saya tidak disandarkan kepada/pada mana-mana ramalan manusia. | Kata Sendi Nama yang betul ialah pada: Untung nasib saya tidak disandarkan pada mana-mana ramalan manusia. | Tatabahasa | 01.12.2011 |
Terjemahan istilah Perakaunan Penyata untung rugi | Untuk makluman puan, istilah yang ada dalam pengkalan data kami ialah profit and loss statment, terjemahannya penyata untung rugi. Pada pandangan kami, jika konsep statement of profit or loss sama seperti profit and loss statment (hanya pembentukan kata yang berbeza), maka padanan penyata untuk rugi boleh digunakan | Istilah | 25.02.2014 |
Alapakah maksud untung kasar?Contoh ayat:Untun yang diperoleh daripada lebihan hasil jualan berbanding dengan kos jualan. | Menurut Kamus Dewan Perdana (hlm.2479), "untung kasar" bermaksud keuntungan yang diperoleh sebelum ditolak segala perbelanjaan.
| Makna | 31.12.2021 |
apakah peribahasa yang sesuai untuk maksud "orang yang bertuah mendapat untung di mana-mana" | Peribahasa yang sesuai untuk "orang yang bertuah mendapat untung di mana-mana" ialah "Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang" (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). | Sastera | 04.11.2014 |
Motosikal tersebut dijual tanpa mengambil keuntungan atau untung? Masa bila nak letak imbuhan apitan ke....an? | Dalam contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan iaitu untung dan keuntungan betul. Apitan ke-...-an boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu: 1. Bergantung pada konteks ayat. 2. Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Contohnya perkataan keuntungan yang merupakan perihal beruntung. | Tatabahasa | 29.03.2021 |
Tidak tahu diuntung atau Tidak tahu dek untung? | Tidak tahu diuntung, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=diuntung untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
Adakah saya boleh memendekkan 'cinta akan' menjadi 'cintakan' dan 'suka akan' menjadi 'sukakan' untuk terjemahan tidak-untung (non-profit) untuk dipaparkan sebagai sarikata dalam video bahasa asing yang bergerak laju? dalam video bahasa asing itu, bhg awalnya dia kata 'Saya sangat suka' ketika berbasikal mengejar kereta api terbang yang hendak bergerak keluar dari landasan ke arah langit, kemudian dia berhenti berkata sekejap (2 saat) sebelum menyambung 'sukakan X', 2 saat kemudian 'sukakan Y' (X dan Y ialah nama watak penggantian (substitution)) | Dalam memerikan unsur emotif perkataan perkataan yang betul ialah cinta akan dan suka akan. Oleh itu, dalam memerikan unsur emotif yang seterusnya perkataan yang digunakan mestilah sama, iaitu suka akan X dan suka akan Y. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.
Lihat selanjutnya... |
|