Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, DATO'

UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, Dato (1931-1969), ahli sains.  Dia lahir pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru, Johor.  Dia merupakan anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, di samping pendidikan sekolah agama hingga Darjah Enam.  Ungku Omar kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya Singapura dan lulus ijazah MBBS pada tahun 1957.  Di Universiti Malaya, dia terus diterima masuk ke Tahun Kedua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID

UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID (1922-     ), Profesor Diraja, ahli akademik, ahli ekonomi dan pentadbir.  Dia lahir pada 28 Januari 1922 di London, England.  Bapanya, Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid berasal dari Johor dan ibunya Hamidah binti Abdullah, berketurunan Turki.  Ibu bapanya tinggal di London selama beberapa tahun, tetapi tidak lama setelah ibunya meninggal dunia pada tahun 1924, Ungku Abdul Aziz dan ayahnya kembali menetap di Johor Bahru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
UNGKU ABDUL AZIZTokoh ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AZAH AZIZ

AZAH AZIZ (1928 -     ), wartawan, penulis dan budayawan. Dia lahir pada 21 Ogos 1928 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Sharifah Azah binti Syed Mohamed Alsagoff. Dia telah berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Profesor Diraja) dan terus menggunakan nama Azah Aziz hingga sekarang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Convent, Johor Bahru, Johor.

BUDAYAKonsep
ANWAR RIDHWAN

Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan.  Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969).  Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara.  Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973.  Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya.

SASTERATokoh
JUSTAR

JUSTAR,  ikat kepala yang dipakai oleh keluarga diraja Johor.  Justar ini direka bentuk mengikut justar yang dipakai oleh  pembesar-pembesar Kepulauan Riau.  Justar Johor dipakai kali terakhir oleh Sultan Ismail sewaktu perkahwinan baginda dengan Ungku Tun Aminah pada tahun 1920.  Justar itu diberi nama Singa Menoleh.

BUDAYAKonsep
UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia.  Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927).  Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.  Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962.  Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ungku