Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MITOS | MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya. Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif. Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak. Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan. Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut. | SASTERA | Kepercayaan |
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU | PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939. Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu. Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan. Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu. Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya. Perkara-perkara yang dibicarakan ialah: | BAHASA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| umbi (kata nama) | 1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,
| Kata Terbitan : berumbi, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung.
Lihat selanjutnya... |
|