Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah terjemahan untuk 'grass root community'? Adakah perkataan komuniti akar umbi itu betul? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "grass root community" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "grass root" dalam bidang Sains Politik yang padanan bahasa Melayunya ialah akar umbi. Oleh itu, istilah komuniti akar umbi boleh digunakan. | Istilah | 09.05.2013 |
Tuan, Saya keliru dengan penggunaan Pada dan Di. Petikan contoh-contoh dari akhbar yang mencatatkan frasa berikut: 1. Pada majlis tersebut, 2. Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis itu. 3. Pada peringkat akar umbi. Bolehkah gunakan Di dalam kesemua contoh di atas. | kata sendi di boleh digunakan dalam kesemua contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun masyarakat cenderung menggunakan kata pada dalam ayat-ayat tersebut yang dianggap lebih sesuai kerana kata sendi di pada kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 21.10.2007 |
Bawah pokok atau pangkal pokok Contoh; Saya meletakkan basikal di bawah pokok. atau Saya meletakkan basikal di pangkal pokok. Ayat manakah yang lebih sesuai digunakan dan kenapa? | Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, frasa yang betul ialah bawah pokok, bukan pangkal pokok kerana pangkal merujuk bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan; bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll). Bersinonim dengan umbi, perdu. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih. | Institusi bermaksud: 1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya. 2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya. Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya. | Lain-lain | 12.02.2021 |
|
Tesaurus |
---|
| umbi (kata nama) | 1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,
| Kata Terbitan : berumbi, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung.
Lihat selanjutnya... |
|